28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

Musim ahli politik UMNO mahu kelihatan relevan

Must Read

Undang-undang syariah terus dipertahan, akan diperkasakan

Oleh: DATUK AHMAD MARZUK SHAARY Saya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor dan...

Derita isi rumah, perniagaan semakin serius – Tok Mat

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendesak Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) menerapkan...

Covid-19 – Kes baharu 1,828, Johor catat kes tertinggi

KUALA LUMPUR – Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes atau 12.8 peratus daripada 1,828 kes...


Oleh MOHAMAD ASRI

SEKARANG ini musim semua ahli politik mahu kelihatan relevan atau kekal relevan pada mata rakyat. Untuk kekal relevan mereka mesti sentiasa menjadi perhatian ramai.

Kalau dahulu salah satu caranya ialah dengan kerap muncul dalam media arus perdana seperti akhbar atau televisyen. Beri kenyataan atau buat kenyataan yang ada nilai berita. Cara paling mudah ialah dengan mengeluarkan kenyataan kontroversi atau sedikit kontroversi.

Sekarang tidak perlu lagi akhbar atau televisyen. Lambat! Cara paling mudah sekarang ialah menggunakan platform media sosial. Ada pelbagai platform sekarang, dengan yang paling popular ialah Facebook, Instagram dan Twitter.

Tidak hairanlah sejak akhir-akhir ini beberapa pemimpin politik daripada UMNO dan pembangkang begitu rajin dan kerap membuat hantaran dalam media sosial.

Maklumlah sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat. Tak boleh ke mana-mana. Mahu melawat kawasan pun bukan mudah kerana semua orang diminta duduk di rumah.

Facebook Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai contoh, sejak beberapa minggu ini luar biasa aktifnya. Tidak pernah sebelum ini Presiden UMNO itu membuat dua atau tiga hantaran sehari.

Khabarnya sejak ada pasukan media baharu, FB Zahid sudah berubah wajah. Banyak hantaran terkini. Isu-isu yang dibawa pula bukan isu lapuk lagi.

Bukan sahaja isu semasa dan isu politik, isu bola sepak dunia pun disentuhnya sampai ‘tersyasul’ Piala FA disangka Liga Perdana Inggeris! Tak dapat dipastikan sama ada Presiden UMNO ini betul-betul minat atau sekadar menonton untuk mengisi hantaran FB beliau sahaja.

Bukan Zahid seorang sahaja, Timbalan Presiden UMNO Datuk Mohamad Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat pun sejak akhir-akhir ini turut aktif dalam media arus perdana dan media sosial.

Banyak juga hantaran yang dibuat dalam Facebook peribadinya. Syor dan cadangan yang dikemukakan nampak bernas dan tidak terikut-ikut dengan orang lain.

MOHAMAD HASAN

Sejak desakan ke atas Ahmad Zahid supaya meletak jawatan semakin kuat kedengaran dalam kalangan ahli UMNO, nama Tok Mat mencanak-canak naik sebagai calon pilihan bagi menggantikan Zahid.

Tok Mat memang popular dalam kalangan akar umbi UMNO. Akar umbi UMNO melihat beliau sebagai pemimpin yang dapat memberi nafas baharu kepada parti itu untuk terus menjadi relevan. Cuma yang tidak pastinya, berapa banyak sokongan yang beliau ada setakat ini.

Ada beberapa lagi muka lama UMNO yang tiba-tiba muncul akhir-akhir ini. Antaranya bekas Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Kedua-duanya sungguh lantang bersuara. Berapi-api terutama dalam bab-bab mengkritik dan menghentam kerajaan Perikatan Nasional (PN). Tapi semua orang tahu Nur Jazlan dan Mohd. Puad ini ‘ayam sabung’ siapa.

Suara kedua-dua mereka ini kalaupun tak sama tetap senada dengan suara bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan suara Ahmad Zahid.

Kenapa akhir-akhir ini begitu ramai bekas pemimpin UMNO terutama yang sudah kalah dan ditolak pengundi kelihatan gigih menonjolkan diri masing-masing? Jawapannya tidak sukar.

Darurat dijangka berakhir pada 1 Ogos depan. Ketika itu insya-Allah pandemik Covid-19 sudah mula berkurangan. Kebanyakan rakyat Malaysia ketika itu sudah menerima dos suntikan masing-masing.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sudah berkali-kali berjanji, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan apabila keadaan negara kembali pulih.

Untuk dipilih sebagai calon pilihan raya, semua orang mesti kelihatan relevan dari sekarang. Untuk kelihatan relevan dan terpilih pula, semua orang mesti bising-bising, tak boleh diam-diam. Kalau diam bimbang ketinggalan kapal!

  • Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Latest News

Undang-undang syariah terus dipertahan, akan diperkasakan

Oleh: DATUK AHMAD MARZUK SHAARY Saya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor dan...

More Articles Like This