31.4 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

i-Sinar atau ‘i-Kecewa’? Pemuda UMNO desak KWSP beri penjelasan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar segera memberi penjelasan mengenai isu ramai yang mendakwa ditolak permohonan mereka untuk skim pengeluaran wang i-Sinar yang diumumkan, hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia banyak menerima keluhan rakyat yang hampa kerana permohonan mereka ditolak KWSP. 

Menurutnya, rakyat tidak akan marah dan menuntut jika bukan kerana situasi mendesak ketika ini tatkala Pandemik Covid-19 yang benar-benar memberi kesan terhadap kelangsungan hidup mereka. 

“Mana janji KWSP dan Kerajaan untuk mempermudahkan urusan rakyat untuk mengeluarkan duit simpanan mereka sendiri?

“Di mana janji Kerajaan yang memberi jaminan bahawa isu KWSP TANPA SYARAT/KRITERIA masih boleh dirundingi ketika mahu Bajet diluluskan di Parlimen tempoh hari?

“PEMUDA UMNO desak KWSP tampil segera beri penjelasan mengenai isu ramai yang mendakwa ditolak permohonan mereka untuk i-Sinar ini,” tulis beliau dalam hantaran Facebook hari ini.

Sementara itu, pencarum yang diluluskan permohonan pengeluaran wang i-Sinar dari Akaun 1 KWSP akan mendapat pembayaran pertama mulai 8 Januari ini.

Maklumat itu dinyatakan oleh KWSP kepada pemohon yang berjaya selepas menyemak status permohonan tersebut di laman web i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/check-status, mulai awal pagi ini.

Baca juga:   4,239 kes harian COVID-19; 3 kluster baharu

Kata maklumat itu, pembayaran akan dilakukan melalui akaun bank yang didaftarkan oleh pemohon manakala bagi mereka yang memilih pembayaran melalui Arahan Bayaran (PO) akan menerima notis pengambilan bayaran melalui PO oleh pihak bank masing-masing sebelum 12 Januari ini.

Baca juga:   Guan Eng jangan 'double standard' - Asyraf Wajdi

KWSP sebelum ini menyatakan mereka yang gagal dalam permohonan kategori 1, boleh mengemukakan rayuan untuk permohonan kategori 2 yang akan dibuka mulai 11 Januari ini dengan perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan.

Had pengeluaran i-Sinar adalah 10 peratus daripada jumlah simpanan ahli di Akaun 1 dengan jumlah maksimum RM60,000.

KWSP sebelum ini memberitahu, Kategori 1 dikhususkan kepada ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri dan bekerja dalam sektor ekonomi gig serta ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Bagi kategori 2 pula adalah untuk ahli KWSP yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan