25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Bukan penat lawan Covid-19’, isteri Dr Ali cerita hal sebenar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Selepas tular laporan berita mengenai kematian seorang doktor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipercayai akibat bebanan kerja dalam menangani Covid-19, isteri petugas barisan hadapan itu hari ini tampil menceritakan hal sebenar.

Menerusi perkongsian akaun Facebook bernama Asilah Alqarny memaklumkan, beribu-ribu orang berkongsi kisah Allahyarham suaminya, Dr Ali Noor Hassan dan mendoakannya, Alhamdulillah.

“Cuma maklumat kurang tepat sebab kematian. Dia meninggal di HKL (Hospital Kuala Lumpur) kerana acute respiratory distress bukan sebab Covid-19 atau kepenatan bertugas melawan Covid-19,” katanya hari ini.

Tulis akaun Asilah Alqarny lagi, memang Allahyarham banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh dan memeriksa pesakit secara percuma semasa ijtimak tabligh berlangsung.

Menurutnya, tidak berkira soal kerja dengan kawan-kawan dan Dr Ali antara yang suka menziarahi sahabat, saudara-mara yang sakit.

Malah kebanyakan yang pertama menghantar pesanan kepada Dr Ali adalah terdiri daripada para sahabatnya yang diziarahi arwah semasa hayatnya.

Asilah berkata, arwah suaminya juga banyak bersedekah dan hampir setiap hari amalan itu dilakukan walaupun sedikit nilainya.

“Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu. Setiap kali beli lauk untuk family (keluarga) mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup. Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia.

Advertisements

“Sehingga emak dia di-diagnose lung cancer (kanser paru-paru) pada Ogos 2018 sanggup ambik cuti separuh gaji untuk jaga emak dia. Sehingga ke akhir hajat mak dia, dia antara yang ajarkan mak kalimah syahadah. 

“Damaila di sana wahai suamiku,” tambahnya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan KKM meninggal dunia, kelmarin.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

Laporan awal Harian Metro mengenai kematian Dr Ali Noor Hassan.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan