32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Doktor KKM meninggal dunia dipercayai bebanan tugas ditanggungnya

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Keletihan dialami petugas barisan hadapan kerana bebanan tugas dan sukar untuk berehat bukan lah satu rekaan. 

Semalam, seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani Covid-19, meninggal dunia dipercayai kerana bebanan tugasnya itu.

Menerusi perkongsian Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) malam tadi,  Allahyarham Dr Ali Noor Hassan jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat kerana tugas sebagai barisan hadapan KKM.

Allahyarham dilaporkan tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Hantaran itu turut berkongsikan sekeping gambar Allahyarham yang dipercayai pengsan di atas meja dan sempat diambil oleh rakannya.

SPJM berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai pemergian Allahyarham Dr Ali   melalui akaun FB miliknya.

Menurutnya, Allahyarham merupakan ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 selain pernah menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

SPJM berkata, mereka kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” tambahnya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan