31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Kartel daging: Pegawai Maqis Johor lepas 100 kontena

Mesti Baca


JOHOR BAHRU – Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang direman semalam disyaki menerima sogokan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi melepaskan kontena muatan daging kerbau sejuk beku import daripada pembekal tidak diiktiraf sejak 2017.

Harian Metro yang memetik sumber melaporkan, pegawai Maqis terbabit dikatakan sudah melepaskan hampir 100 kontena dengan muatan daging sejuk beku itu daripada pengeksport dari India yang tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Katanya, setiap pegawai Maqis itu disogok antara RM1,000 hingga RM5,000 bagi melepaskan setiap kontena terbabit dan sogokan yang diterima berbeza berdasarkan pangkat dijawat pegawai terbabit.

“Pegawai berpangkat tinggi menerima sogokan lebih tinggi berbanding anak buahnya.

“Ia dipercayai berlaku di pintu masuk dagangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) membabitkan ejen penghantaran yang menguruskan dokumen kemasukan daging sejuk beku terbabit,” katanya, semalam.

Katanya, pegawai Maqis bersekongkol dengan ejen penghantaran bagi melepaskan barangan yang diimport meskipun mengetahui pembekal daripada syarikat yang tidak pernah dibenarkan memasuki negara ini.

Semalam, ketiga-tiga pegawai Maqis masing-masing berusia 40, 44 dan 55 tahun itu direman lima hari sehingga 23 Januari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Baca juga:   Jual burung di pasaran gelap cecah RM25,000 seekor

Difahamkan dua pegawai Maqis itu memegang jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa di stesen pintu masuk dagangan laut manakala seorang lagi adalah Ketua Pintu Masuk Maqis.

Baca juga:   Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak RM46,000 kepada keluarga

Ketiga-tiga pegawai Maqis itu bagaimanapun dikatakan sudah dipindahkan ke daerah lain sebelum ditahan SPRM.

SPRM dijangka melakukan lebih banyak tangkapan hasil daripada penahanan terbaharu ini.

Berdasarkan laman web rasmi JPV, hanya 11 pengeksport daging sejuk beku kerbau di India mendapat pengiktirafan bagi tujuan dibawa masuk ke negara ini, termasuk status halal dan paling terakhir dilakukan pada 6 November 2019.

Bagaimanapun, mengikut senarai terkini JPV, daripada 11 pembekal di India, syarikat Federal Agro Industries Private Limited digantung pengiktirafan mereka berkuat kuasa serta-merta pada 16 September lalu.

Terkini

Majlis Khas MA63 yang dirintis Muhyiddin perlu disambung – Hajiji

CYBERJAYA - Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dirintis oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu...

Lagi Artikel Berkaitan