23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Cemar Air Terjun Tanjung Batu: Pihak kuari langgar 6 syarat EIA

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Siasatan awal terhadap kemusnahan di Hutan Simpan Segari Melintang di Pantai Remis yang memusnahkan ekosistem hutan termasuk Air Terjun Tanjung Batu mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) dibuat pihak yang melakukan aktiviti kuari.

Menteri Alam Sekitar dan Air, (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini berikutan siasatan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak ke Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung pada 18 dan 19 Januari lalu.

Menurutnya, kemusnahan alam sekitar itu berpunca daripada tapak projek kuari granit. 

“Siasatan awal mendapati terdapat 6 ketidakpatuhan syarat kelulusan EIA terutama melibatkan kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa mengikut pelan Land Disturbing-Pollution Prevention and Mitigation Measures (LD-P2M2), ” kata beliau dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sehubungan itu kata Tuan Ibrahim, JAS Perak telah memasang ‘cordon tape’ selain arahan di Lapangan dan Notis Arahan juga telah dikeluarkan untuk tindakan remedi.

“JAS Perak sedang melengkapkan kertas siasatan dan memanggil pihak-pihak yang berkaitan,” tambahnya.

Semalam, JAS Perak dilapor akan mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan aktiviti kuari di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari di sini, kerana melanggar syarat kelulusan EIA.

Advertisements

Pengarah JAS Perak Rosli Zul berkata, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana pelaksanaan aktiviti itu tidak mematuhi komitmen yang dibuat pihak pemaju seperti dalam syarat kelulusan EIA pada 2017.

Menurutnya, pihaknya juga mengeluarkan notis arahan kepada syarikat berkenaan untuk pihak itu mengambil langkah penambahbaikan.

“Dapatan yang dilakukan pegawai di lapangan mendapati, pihak berkenaan tidak mematuhi komitmen dalam EIA dan difahamkan, ia juga membabitkan pencerobohan rizab sungai dan walaupun sungai itu berada dalam kawasan pembangunan mereka, tetapi ia perlu dikekalkan.

“Selain itu, dapatan juga mendapati mereka menolak sisa (kayu) itu ke sungai, sebab itu berlakunya impak seperti mana yang dilihat,” katanya.

Rosli berkata, pihak berkenaan juga didapati tidak menyediakan langkah kawalan sewajarnya, selain tidak mempunyai individu yang memiliki kepakaran dan pengalaman untuk pemantauan.

Katanya, kualiti air tidak terlalu terjejas cuma perubahan warna adalah disebabkan penurunan tanah, namun pihaknya masih menunggu laporan dan anggaran kos baik pulih yang diperlukan juga perlu menunggu penilaian dibuat.

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan