25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Ulama Pasuruan, Habib Hasan meninggal dunia, ribuan beri penghormatan terakhir

Mesti Baca


JAKARTA – Ribuan umat Islam bandar Pasuruan, Jawa Timur membanjiri perkarangan Masjid Agung Al-Anwar, dekat sini bagi memberi penghormatan terakhir buat ulama berkarisma daerah itu, Habib Hasan Muhammad yang meninggal dunia semalam.

Jenazah ulama yang dikenal bersahaja dan dicintai banyak kalangan tersebut disolatkan dan dimakamkan di kawasan Masjid Agung Al-Anwar.

HABIB HASAN MUHAMMAD

Ribuan umat Islam datang dari pelbagai daerah menghadiri pengebumian Habib Hasan yang diadakan kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.

Ribuan umat Islam sanggup berasak asalkan dapat masuk ke masjid agar dapat mengikuti solat jenazah. 

Detik News melaporkan, Masjid dua tingkat itu dipenuhi jemaah bahkan melimpah ke jalan raya.

Jurucakap pasukan petugas khas (Satgas) Covid-19 Kota Pasuruan, Kokoh Arie Hidayat berkata, kejadian pengebumian tersebut adalah di luar dugaan kerana penduduk datang tanpa dirancang.

“Kejadian seperti hari ini pada pengebumian Habib Hasan memang di luar dugaan kami. 

“Beliau memang tokoh agama yang disegani sehingga masyarakat dalam jumlah yang sangat besar ingin mengikuti pemakaman beliau,” kata Kokoh.

Kokoh memberitahu, bagi aktiviti yang dirancang, pihaknya dapat melakukan langkah pencegahan seperti sekatan dan penjarakan sosial  sesuai dengan protokol kesihatan.

“Hari ini masyarakat hadir dengan sendirinya tanpa dirancang sebelumnya, kerana memang situasinya berbeza,” jelasnya.

“Kami berharap tidak terjadi hal yang tidak diinginkan terutamanya penyebaran Covid-19.

“Masyarakat yang hadir terlalu ramai dan sebahagiannya menggunakan pelitup muka meskipun sulit melakukan jaga jarak. Kita berharap dan berdoa, agar tidak terjadi hal-hal yang tak diinginkan terkait penyebaran Covid-19,” tambah Kokoh.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan