28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

CUEPACS tolak, bantah Pekeliling MBK baharu JPA

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menolak dan membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan baharu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2021.

Presidennya, Adnan Mat berkata, CUEPACS dimaklumkan bahawa pelaksanaan pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk penambahbaikan terhadap dasar hubungan majikan-pekerja dalam perkhidmatan awam melalui majlis tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan pekeliling tersebut langsung tidak berunding serta melibatkan CUEPACS selaku wakil pekerja dan tiga MBK iaitu MBK Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P), MBK Pekerja-Pekerja Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK S&T) serta MBK Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK AM).

“CUEPACS berpandangan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan yang melibatkan dasar hubungan majikan-pekerja perlu melibatkan semua pihak berkepentingan bagi memastikan kewujudan MBK kekal relevan dan mampu menjadi salah satu dasar penting dalam perkhidmatan awam.

“Bagaimanapun tindakan JPA yang melaksanakan Pekeliling Perkhidmatan ini tanpa rundingan daripada CUEPACS seolah-olah cuba menghapuskan rundingan triparti melibatkan wakil pekerja, JPA dan kerajaan.

“Situasi ini memberi gambaran JPA cuba menghapuskan peranan kesatuan pekerja sehingga boleh mencetuskan suasana atau hubungan tidak harmoni antara majikan dan pekerja,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Advertisements

Adnan menambah, CUEPACS melihat tindakan JPA yang melaksanakan pekeliling ini tanpa rundingan dengan pihak berkepentingan memberi gambaran pegawai di peringkat tertinggi kerajaan cuba mensabotaj peranan kesatuan sedangkan kerajaan sendiri sentiasa mengalu-alukan peranan kesatuan dalam memperkasakan sistem perkhidmatan awam.

Menurut beliau, tindakan pegawai tertinggi dalam kerajaan yang bercanggah dengan aspirasi kerajaan ini seolah-olah cuba untuk menghapuskan sokongan kakitangan awam kepada kerajaan.

“Justeru, CUEPACS memohon JPA untuk menangguhkan dahlu pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan mengenai majlis ini sehingga rundingan dilakukan dengan CUEPACS dan semua ahli dalam ketiga-ketiga majlis tersebut.

“Sekiranya dahulu JPA sentiasa berunding dengan CUEPACS sebelum melaksanakan sesuatu pekeliling baharu, ia sepatutnya dipraktikkan juga dalam pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan yang baharu ini.

“Janganlah diabaikan suara pekerja dalam melaksanakan sesuatu pekeliling kerana ia hanya akan mengundang kegagalan pada masa akan datang,” jelasnya.

Adnan berkata, sekiranya JPA bertegas mahu melaksanakan juga pekeliling ini, CUEPACS akan membawa perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan