25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

ATM sahkan rangkaian datanya digodam

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Portal rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah digodam penceroboh, semalam namun serangan siber tersebut gagal menjejaskan operasi portal sebenar.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang mengesahkan insiden itu berkata, penggodaman itu dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM terhadap rangkaian data milik pasukan itu.

Menurut beliau, sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah sekali gus melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.

“Serangan siber tersebut gagal menjejaskan operasi portal sebenar sebaliknya hanya berjaya menggodam segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Semalam, portal web ATM dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab dengan mempamerkan gambar tidak senonoh di portal terbabit, kira-kira pukul 12 tengah Hari.

Affendi memberitahu, ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan dan ATM.

Oleh itu katanya, ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa kesemasa terutama melalui peranan BSEP dan CDOC yang bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan Negara.

“Aspek keselamatan siber Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat dikesan awal seterusnya ditangani sewajarnya,” tambah beliau.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan