27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Wanita Ghana rela jual diri demi Indomie

Mesti Baca


JAKARTA – Bukan sahaja digemari di Indonesia, malah mi segera Indomie juga popular jauh di Ghana, sebuah negara di benua Afrika.

Detik News melaporkan, populariti Indomie sebagai mi segera paling sedap di Ghana juga agak luar biasa apabila satu kajian mendapati, banyak wanita yang sanggup menawarkan tubuh mereka sebagai pertukaran kepada Indomie.

Dipetik dari portal YEN.com semalam, tinjauan dibuat oleh Star Ghana Foundation menemukan bahawa Indomie, wang digital dan sosial media, menjadi penyebab tingginya kadar kehamilan remaja di Ghana.

Berdasarkan data yang ada, angka kehamilan remaja Ghana meningkat secara mendadak angkara cinta dan tidak mahu berputus asa bagi mendapatkan ketiga-tiga perkara yang dinyatakan di atas.

Contohnya, banyak gadis remaja yang sanggup berhubungan intim dengan lelaki agar mereka dapat meminjam telefon pintar lelaki tersebut untuk swadoto dan memuatnaiknya di media sosial.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi penemuan mengejutkan mendapati, gadis remaja sanggup tidur bersama lelaki asalkan lelaki itu mahu membelikan mereka Indomie pada waktu malam.

Advertisements

Selain itu beberapa remaja lagi pula lebih suka diberikan wang meski jumlahnya sangat sedikit. 

Kajian itu kemudian dibentangkan dalam acara National Dialogue dan hubungannya dengan keganasan gender semasa penularan pandemik. 

Sementara itu,  Star Ghana Foundation berharap kerajaan dan organisasi lain dapat mencari cara dan penyelesaian untuk menghentikan fenomena itu.

Seperti yang diketahui, Indomie memang sudah menjadi makanan harian penduduk Ghana dan negara Afrika lain.

Malah di enjin carian Google sendiri, banyak pertanyaan tentang adakah Indomie merupakan produk mi segera dari Ghana.

Malah Indomie juga pernah memenangi penghargaan sebagai ‘Brand of the Year’ semasa acara Ghana Business Awards Brand beberapa tahun lalu.

Advertisements

Terkini

16 syarikat, 200 peluang pekerjaan dalam Career Connect@PUO

SEBANYAK 16 syarikat pelbagai industri dengan tawaran lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan latihan indusri menyertai Career Connect @...

Lagi Artikel Berkaitan