Thursday, July 23, 2026

Tular budak diterbangkan layang-layang gergasi, terjatuh

Mesti Baca

JAKARTA – Seorang budak lelaki di daerah Pringsewu, Sumatera Selatan, nyaris maut apabila dia terjatuh dari ketinggian berbelas meter setelah diterbangkan layang-layang gergasi dalam satu kejadian, kelmarin.

Lapor Tribunnews.com, video kejadian itu tular di media sosial dan mangsa yang dikenali sebagai IR hanya mengalami patah tulang pada tangannya.

IR, 12, kemudiannya dikejarkan ke Hospital Mitra Husada Pringsewu untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Ketua Mukim Ambarawa, Sutikno mengesahkan kejadian itu berlaku pada petang Selasa di kawasan lapang dekat SMAN 1 Ambarawa.

Katanya, kejadian itu melibatkan seorang kanak-kanak dari Pekon Sukoharjo III Barat, mukim Sukoharjo, daerah Pringsewu.

“Kelmarin itu ada orang dari Sukoharjo membawa layang-layang besar, diterbangkan di situ. Yang menarik bapanya dan anaknya memegang layang-layang itu. Tidak tahu bagaimana putus,” kata Sutikno, semalam.

Sutikno berkata, penduduk setempat yang  melihat kejadian itu menjerit dan terus mendapatkan serta membawa mangsa ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Mitra Husada karena tangannya patah.

Sementara itu, kakak mangsa, Acil 28, mengesahkan kejadian melibatkan adiknya yang keadaannya beransur pulih namun masih menjalani rawatan lanjut di hospital.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku kerana berada di dalam kereta tidak jauh dari lokasi nahas.

Namun katanya, dia melihat RI memegang layang-layang naga itu.

“Ironinya ketika diterbangkan, tali layang-layang itu putus.RI pula dalam keadaan bergantung pada layang-layang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, aktiviti layang-layang di kawasan tersebut ditangguhkan buat sementara.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan