24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pasukan perubatan peribadi Sultan Johor bantu mangsa kemalangan jalan raya

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Pasukan perubatan peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar  bertindak segera memberikan rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Pasir Pelangi, pada pagi hari ini.

Menerusi catatan Facebook Sultan Ibrahim, anggota paramedik bersama juruteknik perubatan kecemasan yang ketika itu dalam penugasan mengiringi baginda Tuanku kemudian memberhentikan ambulans untuk memberikan rawatan kepada mangsa, sebaik melihat kemalangan itu. 

Kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Pasir Pelangi, hari ini. foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM

Menurut hantaran itu, mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala akibat kemalangan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan susulan.

Sultan Johor bertitah, Baginda sentiasa mengingatkan pasukan berkenaan supaya membantu mereka yang memerlukan. 

Advertisements

“Saya pesan kepada mereka, semasa bertugas mengiringi jika berlaku apa-apa kemalangan kepada orang awam, segera membantu dan juga berikan bantuan yang sewajarnya. 

“Dalam keadaan sebegini, lupakan saya, segera bantu mereka yang memerlukan bantuan,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO). 

Ambulans peribadi Sultan Ibrahim. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM

Ambulans peribadi Sultan Johor dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik.

Kenderaan itu turut dilengkapi peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan