23.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 8, 2022

Pemuda UMNO gesa campur tangan PM henti penjualan aset THP

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan dalam menghentikan penjualan aset Tabung Haji Plantation Berhad (THP) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd dengan harga rendah.

Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki:

  1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kecewa dengan pendedahan Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Panglima Azeez Rahim di Dewan Rakyat pagi tadi di Parlimen, bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meluluskan penjualan aset tanah ladang kelapa sawit milik TH Plantation Berhad (THP) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd dengan harga RM170 juta melalui sepucuk surat bertarikh 24 November 2020. 

2. Pemuda UMNO telah berkali-kali mendesak agar Lembaga Tabung Haji (TH) dan Pengurusan THP tidak meneruskan penjualan kedua-dua syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhdb (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MWM) yang memiliki 6,514 hektar tanah di Sarawak termasuk melalui serahan Memorandum Membantah Penjualan Aset-Aset THP kepada YB Menteri Agama JPM, YB Menteri Ekonomi JPM dan YB Menteri Kanan MITI pada 30 November 2020 di Lobi Parlimen Malaysia. 

Baca juga:   Empat sekeluarga maut Myvi bertembung treler

3. Harga jualan pada RM170 juta ini telah disahkan sebagai ‘tidak masuk akal’ kerana jauh lebih rendah dari penilaian rasmi terakhir oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) ke atas aset ladang ini iaitu RM198 juta setelah 3 kali rayuan dibuat oleh THP.

Baca juga:   Muhyiddin tidak sepatutnya letak jawatan, kata kajian UKM

4. Lebih meragukan, nilaian asal ke atas aset ladang pada 2017 oleh jurunilai profesional CH Williams Talhar & Wong adalah pada harga RM380 juta sebelum ditukar kepada RM120 juta sahaja oleh Khong & Jaafar yang digantikan oleh Pengurusan baharu THP lantikan PH. Nilaian RM120 juta ini juga lebih rendah dari harga kos asal pembelian aset ladang pada 2013 ini iaitu RM234 juta.

5. Walaupun wujud syarat Tamaco untuk mengadakan pemilikan kepentingan Bumiputera sebanyak 30% dalam tempoh satu (1) tahun, logik penjualan aset-aset ladang ini untuk kepentingan THP telah hancur kerana harga satu tan Minyak Sawit Mentah (CPO) kini mencecah pRM3,400. 

6. Malahan potensi tanah-tanah ini untuk dimajukan kelak amat tinggi kerana ianya berhampiran dengan jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo.

7. Justeru, Pemuda UMNO mendesak agar Kerajaan PN di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin segera campur tangan menghentikan penjualan ‘luar tabii’ ini oleh Pengurusan THP yang merupakan lantikan Kerajaan PH terdahulu kerana jelas tidak memberi manfaat kepada THP dan 9.4 juta pendeposit TH.

Baca juga:   Covid-19: Kemasukan ke hospital meningkat 100 peratus selepas Aidilfitri

Wartawan

Terkini

Terima kasih kerajaan sedia peruntukan besar untuk pendidikan

Oleh TAQIYUDDIN AMINI ABDUL SATAR SAYA mengalu-alukan peruntukan Bajet 2023 bagi Kementerian Pendidikan sebanyak RM55.6 bilion, kenaikan sebanyak RM3 bilion...

Lagi Artikel Berkaitan