26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Padah TikTok pijak laporan siswa, 5 pelajar dibuang sekolah

Mesti Baca


JAKARTA – Sebanyak lima pelajar kelas 1 SMPN 1 Suele, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat dibuang sekolah gara-gara mereka membuat video TikTok memijak buku laporan siswa.

Kompas.com melaporkan, hukuman pihak sekolah itu membuatkan ibu bapa pelajar terlibat kebingungan bagaimana anak mereka akan melanjutkan pelajaran mereka selepas ini.

“Anak saya menangis, tidak mahu makan. Terkejut dia, gara-gara TikTok dia dibuang dari sekolah, kami juga orangtua terkejut, bagaimana ini? bolehkah anak saya bersekolah lagi?” keluh Baiq Raehan, 38, ibu seorang pelajar yang dibuang, semalam.

Raehan berkata, dia hanya dimaklum anaknya dibuang sekolah setelah mendapat surat meminta ibu bapa pelajar terlibat datang ke sekolah, kelmarin.

Katanya, semasa hadir ke sekolah, dia kemudiannya dijelaskan tentang kesalahan anaknya.
“Kami dikumpulkan dan dijelaskan bahawa anak kami membuat TikTok yang memijak buku laporan sekolah dan kerana perbuatan itulah mereka dibuang. Semua pelajar itu kemudiannya menangkis dan menjerit tidak menyangka kalau dibuang sekolah,” jelas Raehan.

Wanita itu menegaskan, pihak sekolah sepatutnya memberi amaran dahulu selain memberi kesempatan pada pelajar agar tidak mengulangi perbuatan mereka.

Nada serupa juga dibangkitkan Anun, 37, ibu dari siswa lain yang dibuang sekolah. 

Baca juga:   Lelaki dakwa ketua komander LTTE ugut bunuh KPN, serang Bukit Aman

Anun berkata, anaknya tidak berhenti menangis setelah diberikan hukuman tersebut.

“Kenapa kesalahan anak saya ini, dia itu mangsa telefon pintar. Sewajarnya dinasihati dahulu baru dibuang. Apa tidak ada pilihan lain? ” kata Anun.

Baca juga:   Ahmad Maslan sahkan pelantikan sebagai SUA BN/ MN

Salah seorang pelajar yang dibuang sekolah mengaku video TikTok itu dibuat bersama teman-temannya kerana kesal markah mereka turun setelah pembelajaran disambung semula.

Walhal, mereka sebelum ini merupakan pelajar pintar di kelas mereka.

“Saya sedih, ingin sekolah di sana lagi. Kami menyesal, kami salah. Waktu itu kami kecewa dengan markah yang tidak memuaskan, kami menyesal, kami salah,” katanya.

Pengetua Sekolah SMPN 1 Suela, Kasri bagaimanapun membantah telah membuang lima pelajar itu yang membuat video TikTok memijak buku laporan sekolah.

“Kami tidak buang tetapi meminta mereka mencari sekolah lain, bukan di sekolah ini, kerana tindakan mereka telah melanggar peraturan sekolah. Melebihi markah perlanggaran 75 mata,” kata Kasri.

Menurutnya, tindakan itu adalah keputusan sepakat dibuat guru bahawa mereka harus mencari sekolah lain.

“Itu adalah peraturan sekolah. Bukan peraturan saya secara peribadi, tapi peraturan yang disepakati bersama oleh semua pihak melalui kesemua guru, ” kata Kasri.

Baca juga:   Haramkan TikTok, AS bakal ikut langkah India

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan