24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 31, 2023

Keputusan mahkamah kemenangan besar buat anak Pahang – MB

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub semalam merupakan satu kemenangan yang besar untuk seluruh anak-anak Negeri Pahang Darul Makmur.  

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri akan sentiasa komited dalam memelihara dan mempertahankan tanah di Negeri Pahang supaya tidak disalahgunakan oleh golongan penceroboh yang tamak dan mementingkan diri sendiri. 

“Kerajaan Negeri akan sentiasa menggiatkan usaha penguatkuasaan, bagi memastikan hak anak-anak negeri ini akan terus dijaga.

“Ini sepertimana dilaksanakan dengan tegas dan jayanya sebelum ini di Sungai Ichat dan Lembah Bertam, kedua-duanya di Cameron Highlands,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasmi beliau malam tadi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.

Menurut alasan penghakiman oleh Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz, permohonan tersebut ditolak kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Baca juga:   JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

Kedua, para penceroboh tidak mempunyai locus standi. Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini.

Mengulas perkembangan itu kepada media semalam, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bersedia untuk meneruskan penguatkuasaan pengosongan tanah yang ditanam dengan durian Musang King secara haram di sekitar Raub, dekat sini, dalam tempoh terdekat.

Baca juga:   Bunuh Koperal Baharuddin, 18 lelaki direman


Beliau mengakui kerajaan negeri bersyukur dengan keputusan dibuat Mahkamah Tinggi itu dan bersedia untuk meneruskan operasi penguatkuasaan pengosongan tanah terbabit pada bila-bila masa sahaja.

“Tiada lagi tempoh masa diberikan kepada semua pekebun terbabit yang meneroka tanah itu secara haram.

“Pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, kita bersetuju bahawa tindakan penguatkuasaan akan dilakukan dalam tempoh segera,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, penguatkuasaan ke atas kebun durian Musang King itu akan dilaksanakan seperti kes penerokaan tanah secara haram di Lembah Bertam dan Sungai Ichat di Cameron Highlands.

Wartawan

Terkini

Wanita dituduh bunuh bekas suami di ladang kelapa sawit

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan