28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Ibu maut ditangan anak sendiri hanya kerana tak masak nasi

Mesti Baca


JAKARTA – Hanya kerana ibunya tidak memasak nasi, seorang lelaki dari daerah Tapanuli Utara di wilayah Sumatera Utara Naik berang hingga tergamak membunuh wanita yang melahirkannya itu.

Kompas.com melaporkan, kejadian malang  menimpa ibu yang hanya dikenali dengan nama DS, 52, itu berlaku di Dusun Muara Tolang, Desa Dolok Saut, mukim Simangumban, Sabtu lalu.

Jurucakap polis daerah Tapanuli Utara, W Baringbing berkata, kejadian berlaku selepas anak mangsa yang dikenali sebagai SH, 28, naik berang selepas mengetahui ibunya tidak memasak nasi.

Kata Baringbing, DS sengaja tidak memasak nasi kerana jirannya mengadakan kendiri dan meminta anaknya makan di rumah tetangga mereka.

“Namun suspek apabila mengetahui perkara itu menjadi emosi dan bertengkar dengan ibunya.

“Pada ketika itu suspek yang sedang marah mengambil sebatang kayu api dan memukul kepala ibunya hingga tidak sedarkan diri.

“Mangsa dipukul sebanyak dua kali di bahagian kepala kanan dan kiri menggunakan kayu api hingga mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Baringbing berkata, selepas memukul mangsa, suspek kemudiannya keluar rumah dan memaklumkan keadaan ibunya kepada jiran

Ujarnya, jiran yang mengetahui perkara itu kemudiannya datang memeriksa mangsa Dan terkejut apabila wanita tersebut sudah tidak berdaya.

Baca juga:   Pekerja Indonesia ditipu majikan, jadi buruh paksa

“Bagaimanapun, semasa dikejarkan ke hospital, mangsa menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya.

Baringbing berkata, polis yang dimaklumkan tentang kejadian itu terus menyiasat dan memberkas suspek.

Baca juga:   Pekerja Indonesia ditipu majikan, jadi buruh paksa

Suspek katanya ditahan di rumahnya tanpa melawan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Sementara itu, Baringbing berkata, hasil siasatan mendapati suspek tidak mengalami gangguan jiwa atau terpengaruh dengan minuman keras.

Selama ini mangsa dan anaknya tinggal berdua setelah suaminya meninggal dunia.

“Memang sikap suspek pendiam dan kurang terbuka. Tidak ada ke arah gangguan jiwa dan lainnya. Pertanyaan penyiasat semua dijawabnya dengan baik,” kata Baringbing.

Beliau menambah, suspek akan disiasat mengikut Pasal 338 sub 354 ayat 2 KUHP yang membolehkannya dijatuhi hukuman 15 tahun penjara.

Wartawan

Terkini

Hak Najib dapat perbicaraan adil terus dinafikan

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Datuk Seri Najib Razak terus dinafikan untuk mendapat hak...

Lagi Artikel Berkaitan