36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPN ingatkan pegawai, anggota polis jangan main TikTok

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran untuk tidak bermain aplikasi media sosial, TikTok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan.

ABDUL HAMID BADOR


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak ‘manis’ dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform.

Katanya, ini kerana perbuatan itu seolah-olah mengaibkan uniform PDRM.

“Ia tidak manis dan tidak cocok apabila anggota atau pegawai dalam unit beruniform melakukan sesuatu perbuatan ‘menari’ dan ini sepatutnya dijadikan satu kesalahan tatatertib seolah-olah mengaibkan uniform PDRM.

“Uniform berwarna biru ini merupakan uniform keramat maka ia tidak manis kalau kita pakai uniform ini dan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak cocok dengan budaya kerja,” katanya yang dipetik Bernama.

Abdul Hamid berkata, perbincangan mengenai isu TikTok dalam kalangan pegawai dan anggota polis akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Zamri bagi mengkaji perkara ini tentang baik dan buruknya, mungkin saya akan keluarkan satu arahan berhubung perkara ini,” katanya.

Sabtu lalu, seorang anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berdepan tindakan tatatertib selepas memuat naik video seperti aksi tarian menerusi aplikasi TikTok sewaktu memakai uniform operasi polis.

Berikutan itu, Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata perbuatan itu yang tular di media sosial menjejaskan imej jabatan dan kod etika PDRM.

Terdahulu, seramai lapan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur menerima surat penghargaan daripada Abdul Hamid kerana menolak wang sogokan semasa Op Dadu Firestorm yang dijalankan pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan