28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tragedi Pilkada, ibu ‘sembelih’ tiga anak dengan parang

Mesti Baca


JAKARTA – Seorang ibu di daerah Nias Utara, Sumatera Utara dilapor tergamak mengelar leher tiga anak kandungnya sehingga maut ketika ahli keluarganya keluar membuang undi semasa pemilihan pegawai daerah (Pilkada) Indonesia, kelmarin.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Banua Sibohou, Namohalu Esiwa, Nias Utara, kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan.

Detik News melaporkan, pembunuhan ngeri itu melibatkan seorang wanita yang dikenali dengan MT,30,.

Jurucakap polis daerah Nias, Yansen berkata,ketika kejadian, suami MT, Nofedi Lahagu,  pergi ke Tempat Pembuangan undi (TPS) tidak jauh daripada kediaman mereka bersama anggota keluarga yang lain.

Katanya, suami suspek dan tiga anggota keluarganya keluar mengundi dan kesemua mereka sempat memaklumkan perkara itu kepada wanita berkenaan.

Namun katanya, kira-kira pukul 12 tengah hari, abang, nenek dan kakak mangsa pulang ke rumah manakala Nofedi masih berada di TPS kira-kira 5 kilometer dari rumah mereka.

“Ketiga-tiga saksi kemudiannya masuk ke rumah yang tak berkunci dan menemukan kesemua mangsa, YL (5), SL (4), dan DL (2), dalam keadaan leher mereka dikelar.

“Mereka melihat ketiga-tiga mangsa luka parah dan tidak bernyawa manakala MT (ibu kandung mangsa) berada di samping ketiga-tiga korban dengan posisi tidur telentang dengan sebilah parang berada di sampingnya,” katanya, semalam 

Yansen memberitahu, ketiga-tiga saksi yang terkejut kemudiannya menghubungi jiran mereka mengenai kejadian itu.

Nofedi kemudian pulang ke rumah sekitar pukul 4 petang dan dimaklumkan tentang kejadian itu dan menemukan ketiga-tiga anaknya sudah tidak lagi bernyawa.

“Anggota polis dari Polsek Tuhemberua mendapat informasi telah terjadinya peristiwa pembunuhan di Desa Banua Sibohou, Kecamatan Namohalu Esiwa, Nias Utara dan selanjutnya Kapolsek Tuhemberua AKP Ibe J Harefa dan Personel Polsek Tuhemberua bersama dengan Kasat Reskrim Polres Nias AKP Junisar R Silalahi dan Personel Sat Reskrim Polres Nias menuju tempat kejadian tersebut,” katanya.


Yansen berkata, suspek telah ditahan dan dibawa ke balai polis.

Tambahnya, polis juga telah membawa mayat ketiga-tiga mangsa untuk diperiksa di rumah mayat Hospita Gunungsitoli.

“MT sudah disoalsiasat. Dari pemeriksaan awal, diketahui motif membunuh anak-anaknya karena faktor kesempitan ekonomi,” Yansen tambahnya.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan