28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Annuar: Ada orang nak ubah pendirian UMNO tolak DAP, Anwar

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa mendakwa terdapat usaha untuk mengubah pendirian UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP.

Berikut kenyataan penuh Annuar yang dimuatnaik dalam Facebook beliau hari ini:

Dasar parti ‘NO DAP NO ANWAR’ di putuskan bersama berkali kali di semua peringkat.Dasar itu jugalah yang dikongsi bersama dengan parti parti yang sealiran yg membawa kejayaan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan menamatkan dominasi DAP di Putrajaya.

Kini dasar ini cuba ditebuk perlahan lahan.Jarum DAP menusuk halus utk menghancurkan pakatan NO ANWAR NO DAP.

Advertisements

Umpan yang ditawarkan adalah umpan yang mereka tau pasti ditelan jerung besar.
Kesukaran kita bertindak terhadap percubaan berkali kali mengkhianati Dasar NO DAP NO ANWAR adalah kerana tak tergamak,hormat,segan dan sifat sifat toleren Melayu yang lain.


Justeru konspirasi menggagalkan dasar NO ANWAR NO DAP sedang berjalan..SD cuba di kutip,pujuk rayu berterusan,punca kemarahan kepada kerajaan cuba direka,nama istana dan kerabat turut di guna.

Liciknya pihak yang kempunan kuasa,yang berharap mengambil alih kuasa amat bijak mengatur strategi.Mereka pura pura letak DAP di saf belakang agar mereka mudah mempedaya kelompok NO DAP NO ANWAR.


Watak ini telah sekian lama menghantui politik negara….tetapi mereka mungkin tidak sedar,gerakan mereka sudah di baca.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan