25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tandas kecil berharga RM56,984 jadi usikan netizen Indonesia

Mesti Baca

JAKARTA – Pembinaan sebuah tandas sekolah dekat Bekasi, Jawa Barat menjadi perbualan hangat netizen Indonesia selepas kos binaannya sebanyak 198 juta rupiah (RM56,984) tular di media sosial baru-baru ini.

Netizen percaya, kos tandas di Sekolah Dasar Negeri di Jalan Kedongdong, Desa Mangunjaya, mukim Tambun Selatan yang mencecah ratusan  juta rupiah itu terlalu mahal bagi sebuah bangunan yang kecil.

Tribun News melaporkan, foto tandas itu mula dimuatnaik sejumlah pemilik Instagram antaranya @fakta.indo.

Hantaran yang dimuatnaik Khamis lalu itu menunjukkan  pembangunan sebuah tandas yang belum siap.

Maklumat pembinaan projek terdapat dalam laman web Pemerintah Daerah Bekasi. Foto TRIBUNNEWS

Kemudahan yang terpisah daripada bangunan utama sekolah itu berukuran kira-kira 5×5 meter  dan mempunyai dua bilik tandas duduk.

Selain sinki, tandas itu juga memiliki ruangan berwuduk dan mangkuk buang air kecil untuk lelaki.

Keterangan pada  gambar itu tertulis “Penampakan tandas di Sekolah Dasar negeri seharga 198 juta rupiah” di SDN 04 Mangunjaya, mukim Tambun Selatan.

Hantaran itu kemudiannya mendapat reaksi hangat netizen.

Pemilik akaun @ewrk666 berkata, mungkin ada pintu rahsia menuju bawah tanah.

Advertisements

Tidak kurang juga netizen yang menyindir apabila mendakwa mungkin simennya diimport dari Dubai.

“Gila, 198 juta rupiah boleh buat sebiji rumah yang besar,” tulis akaun Instagram @rafael.siahaann.

Pekerja projek yang ditemui berkata, tandas itu akan siap tidak lama lagi dan mereka sedang dalam fasa mengecat kemudahan berkenaan.

Bagaimanapun, pekerja ketika ditanya mengenai kos projek mendakwa mereka tidak tahu menahu dan hanya bekerja sahaja.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan pihak sekolah juga menemukan kegagalan.

Sementara itu, berdasarkan keterangan laman web Pemerintah Daerah Bekasi, bangunan yang menelan kos 198 juta rupiah itu mula dibina pada 29 September 2020.

Pegawai Daerah Bekasi, Eka Supria Atmaja menjelaskan, pihak berkuasa merancang menjadikan daerah Bekasi bersih, aman, nyaman dan sihat demi menuju Indonesia Sihat.

“Ini penting, apalagi di tengah pandemik seperti sekarang, kesihatan merupakan hal yang utama,” Eka menambah.

Pemerintah Daerah Bekasi dilapor dalam rancangan membangunkan sebanyak 488 tandas pada tahun ini sebagai program menuju Daerah Sihat pada 2021.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan