25.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

PKPB di empat negeri ditamatkan, Kelantan pula bermula esok

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan mulai esok, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, empat negeri itu ialah Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu mulai esok (21 November 2020).

Bagaimanapun, kata beliau, beberapa daerah masih diletakkan di bawah PKPB iaitu di Kulim, Kedah, dan Mersing serta Kota Tinggi di Johor.

“Sehingga 18 November 2020, situasi semasa di seluruh negara masih menunjukkan trend peningkatan kes positif dengan jumlah kes aktif masih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negeri menunjukkan tren penurunan kes positif COVID-19 dan keadaan terkawal di Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu.

“Di negeri Kedah sejak 5 November terdapat penurunan daripada jumlah kes sehingga 18 November 2020, di mana hanya 85 kes aktif direkodkan di seluruh negeri dan keadan terkawal.

Baca juga:   250 kematian dilaporkan, 49 kes BID - COVIDNOW

“Ini berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kecuali daerah Kulim masih merekodkan 23 kes aktif. Oleh itu hari ini, KKM menasihatkan berdasarkan penilaian risiko dan mesyuarat MKN bersetuju, PKPB di seluruh negeri Kedah ditamatkan pada 21 November 2020, kecuali daerah Kulim diteruskan selama dua minggu,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan Astro Awani.

Bagaimanapun katanya, negeri yang ditamatkan PKPB perlu mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih dilaksanakan ketika ini.

Baca juga:   Kes baharu di Thailand lebih 9,000, rekod kematian tertinggi

Sementara itu, kata Ismail Sabri, Kelantan pula dikenakan PKPB mulai esok hingga 6 Disember ini selepas penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berdasarkan penilaian risiko KKM mendapati terdapat peningkatan kes di beberapa daerah dan mukim. Atas nasihat KKM, sidang khas bersetuju PKPB di seluruh negeri Kelantan selama dua minggu mulai 21 November sehingga 6 Disember 2020.

“Aktiviti agama akan ditentukan kerajaan negeri, dan berapa jumlah jemaah di masjid (yang dibenarkan hadir) adalah hak (kerajaan) negeri (untuk) menentukan,” katanya.

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan