30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

BN pertimbang tolak bajet jika KWSP rumitkan pengeluaran Akaun 1

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) masih ada peluang untuk menolak Belanjawan 2021 pada undian peringkat jawatankuasa jika mendapati Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih menyusahkan atau sengaja menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau maklum masih ada pencarum KWSP bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.

NAJIB RAZAK

Menurutnya, seperti yang dimaklum Menteri Kewangan dalam Dewan Rakyat semalam, beliau hanya mendapat persetujuan dari KWSP pada pagi hari yang sama.

“Sebab itu, marilah kita bersabar untuk seketika dan berilah sedikit ruang bagi KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses baru bagi skim yang telah ditambahbaik pagi ini.

“Saya dan BN bersangka baik bahawa KWSP akan permudahkan segala pengeluaran dan tidak akan menyusahkan atau sengaja menafi hak rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.

“Jika masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet pada undian peringkat jawatankuasa,” katanya di Facebook, malam tadi.

Mengulas lanjut, Najib berkata, walaupun sekiranya bajet diluluskan sepenuhnya dan kerajaan masih tidak tepati janji mereka pada BN dan rakyat, beliau dan parti masih ada cara serta jalan untuk menuntut kerajaan agar memenuhi tuntutan-tuntutan ini.

Baca juga:   MARA sedia hantar pelajar dalami bidang baharu

Jelasnya, seperti yang beliau sebut sebelum ini, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, Pemuda UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya. 

Baca juga:   Ketibaan vaksin masih gagal tarik pelabur asing - Najib

“Mohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak munasabah.

“Jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut,” tegas Najib.

Semalam, Kerajaan mengumumkan Program i-Sinar KWSP diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000.

Katanya, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Terkini

Polis cedera ditetak penagih di Shah Alam

SEORANG pegawai polis parah di tangan, manakala seorang lagi anggota cedera selepas ditetak seorang penagih dadah dalam kejadian di...

Lagi Artikel Berkaitan