32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Belanjawan 2021: Benarkan Ahli Parlimen mengundi atas kapasiti peribadi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua Ahli Parlimen wajar diberi kebebasan dan ruang untuk membuat pendirian sama ada menyokong, menolak atau berkecuali semasa pengundian Belanjawan 2021, minggu depan.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, tiada sebab mengapa Ahli parlimen didesak membuat pemilihan secara en bloc ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang tidak dibentuk melalui kerjasama rasmi, teratur dan kemas.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Parlimen Malaysia adalah benteng demokrasi yang terpenting.Maka apa juga yang diputuskan oleh Ahli Parlimen Malaysia, mestilah mengutamakan nilai dan kepentingan pemilih dan rakyat.

Jika seseorang Ahli Parlimen itu yakin bahawa peruntukan dan inisiatif di dalam Belanjawan 2021 memerlukan pembaikan atau tidak menepati kepentingan golongan sasaran, mereka wajar untuk menyatakanm pendirian tersebut. Sekalipun pendirian tersebut berbeza dengan pendirian parti atau pendirian yang bersifat en bloc.

Berbeza pendirian bukan pengkhianatan tetapi menurut tanpa akal adalah sebesar-besar khianat. Rakyat tidak memilih seorang Ahli Parlimen untuk menjadi wakil yang terpisah dari denyut nadi pemilih mereka.

KHALED NORDIN

Setiap Ahli Parlimen mesti mengambil keputusan yang dirasakan terbaik demi kemaslahatan negara, bukan kepentingan parti semata-mata. Apalagi dalam keadaan di mana UMNO bukan sebahagian daripada PN.

Oleh kerana Kerajaan PN dibentuk atas dasar sokongan Ahli Parlimen dan bukannya kerjasama partisan yang formal, teratur dan kemas, maka kenapa perlunya desakan untuk mengundi en bloc?

Atas dasar itu, saya percaya bahawa setiap Ahli Parlimen perlu diberi kebebasan dan ruang untuk membuat pilihan dan mengundi secara peribadi berdasar ‘conscience’ dalam menyokong, berkecuali atau menolak Belanjawan 2021.

Malaysia harus mula bergerak ke arah penyuburan amalan politik bipartisan yang berfokus kepada pembentukan konsensus nasional rentas ideologi dan fahaman politik demi penyelesaian kemaslahatan berkepentingan nasional.

Rakyat mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen untuk memberikan yang terbaik justeru idea yang baik akan sentiasa disokong sekalipun oleh pihak lawan. Dan idea yang dangkal akan ditolak, sekalipun oleh rakan-rakan daripada parti sendiri.

Sokongan bersifat en bloc ke atas sesuatu usul Parlimen pula tidak semestinya mencerminkan kekuatan parti.

Sebaliknya,parti akan dianggap tidak mempunyai kepelbagaian idea, kepelbagaian pendirian dan kebebasan untuk menyatakan pendirian yang demokratik.

Belanjawan 2021 mempunyai banyak kebaikan tetapi ia juga memerlukan penyelarasan semula untuk menjadikan ia lebih baik. Inshaallah jika ia dilakukan, Ahli Parlimen akan menggunakan nurani baik mereka untuk mengundi dengan demokratik demi kepentimngan rakyat dan negara.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan