27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

‘Saya lebih rela dipecat daripada membodek’ -Annuar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – “Rahmat itu Tuhan boleh tarik bila-bila masa. Kalau hendak pecat saya, hendak buang dan gugur jawatan menteri, tidak mengapa. Jiwa saya lebih kacau kalau saya ini membodek dan dianggap takut hilang jawatan.”

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berikutan kenyataan dalam satu wawancara yang meminta UMNO perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Perikatan Nasional.

“Tidak ada masalah, kalau kita dikritik, ditegur dan berbeza pendapat. Pada saya, harus dialu-alukan dan kalau jadi ahli politik figura yang sudah mati, tidak mengapa. Macam mana pun akan mati juga, tetapi perjuangan itu harus hidup.

“Saya pegang pada prinsip UMNO adalah parti mewakili perjuangan orang Melayu dan parti mengasaskan kemerdekaan negara. Kunci utama dalam UMNO adalah menyatupadukan rakyat terutamanya Melayu dan dan Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, hari ini ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyifatkan Annuar sebagai figura yang “sudah mati” dalam perjuangan UMNO.

Advertisements

Ahli Parlimen Ketereh itu yang diwawancara selama 45 minit oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan kelmarin secara terus terang bercakap mengenai politik UMNO termasuk soal parti itu di dalam kerajaan serta kerjasama dengan Parti Bersatu dan Pas.

Malah Annuar juga menimbulkan persoalannya wujudnya gerakan mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP oleh kelompok tertentu dalam UMNO.

Sambil menegaskan, beliau tidak mengambil hati teguran bekas Ahli Parlimen Pulai tersebut, Annuar berkata, beliau mempertahankan pendirian itu dan menegaskan parti-parti politik termasuk UMNO bukanlah “agama” tetapi ditubuhkan untuk tujuan tertentu.

“Jangan galakkan perpecahan kerana soal tidak setuju, tidak suka dan bergaduh politik. Bagi saya, tidak ada musuh kekal dan kawan yang kekal. Kalau UMNO boleh berbaik-baik dengan MIC, MCA, Pas, kenapa tidak boleh berbaik dengan PPBM,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan