28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Siapa lawan siapa?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

SELEPAS kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) UMNO telah menyusun dan melakukan penjajaran politik untuk kembali menjadi parti induk dalam politik arus perdana.

Namun, apabila sudah mula mendapat rentak menerusi Muafakat Nasional (MN), yang timbul kini perbalahan dan bukan penyatupaduan.

Ketaatan keterlaluan kepada personaliti, fitnah yang bertebaran dan persaingan kuasa serta kedudukan dalam dan luar parti mula ditafsir sebagai membebankan persepsi ke atas UMNO.

UMNO tidak lagi boleh dilihat bersifat elit tetapi menjadi himpunan pemimpin berjiwa besar.

Siapakah yang berpecah kini? Apakah perjuangan parti dihayati dan difahami artikulasinya?

Siapa lawan siapa sebenarnya?

Pertembungan pandangan adalah biasa dan diraikan sebagai sebahagian amalan pendemokrasian.

Tetapi menggunakan platform yang menarik pelbagai kenyataan susulan, boleh meruntuhkan proses pemulihan dan reformasi.

Mutakhir ini, muncul pelbagai suara yang berbicara. Adakah ini lidah rasmi parti atau peribadi?

Adakalanya ia mengelirukan, adakalanya timbul persoalan matlamat ia dibuat.

Golongan yang senyap tidak semestinya menyokong tetapi mereka barang kali mahu melihat kelangsungan pembaharuan dalam parti berteraskan perjuangan dan memastikan adanya suntikan survivalisme parti.

Mana-mana parti harus ada hanya seorang jurucakap supaya mesej atau isyarat yang disampaikan jelas dan tidak melahirkan kegelisahan.

Parti politik tidak boleh mempunyai pemimpin yang melemaskan parti kerana seolah-olah belum ada muhasabah dan gagal memberikan harapan kepada ahli.

Pertembungan dalaman hanya akan memudaratkan lagi.

Hatta hari ini perlu memanfaatkan sokongan yang sudah dibina bersama Pas yang perlu berlandaskan keikhlasan dan bukan prejudis atau ada syak wasangka.

Penyatuan memerlukan kompromi dan pengorbanan.

Ufuk politik hari ini sudah berubah dan tidak lagi berwajah tradisi kerana segalanya berkemungkinan dalam politik Malaysia apatah lagi ‘politik angka’ menjadi rebutan sentiasa.

  • Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan