32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Tiada justifikasi laksana darurat – Tun M

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat tiada justifikasi wajar untuk membolehkan Malaysia melaksanakan perintah darurat kerana tiada rusuhan, keganasan atau pelanggaran undang-undang berlaku di negara ini.

Bekas perdana menteri berkata, berkata masih banyak negara-negara yang menghadapi masalah COVID-19 lebih serius tetapi tidak mengisytiharkan darurat di seluruh negara tetapi hanya ditumpukan di kawasan yang terjejas.

“Ia khusus bagi menangani masalah setempat. Tetapi tidak ada yang menggantung Parlimen dan undang-undang seperti yang berlaku sekiranya darurat diisytiharkan di Malaysia,” menurut beliau dalam blognya chedet.com.

Beliau berkata, kuasa kerajaan pada masa ini sudah memadai untuk menangani pandemik berkenaan.

“Kita tidak melihat bantahan rakyat sebagaimana yang dilihat di Amerika Syarikat dan Eropah, rakyat kita banyak mematuhi sekatan seperti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Apa yang darurat boleh buat untuk menghentikan pandemik ini lebih daripada apa yang kita sedang buat sekarang. Tidak ada,” katanya yang dipetik melalui laporan Bernama.com.

Baca juga:   Pemuda BN cadang tubuh Suruhanjaya Pendidikan Nasional

Sementara itu, Parti Amanah Negara membantah sekeras-kerasnya terhadap cadangan untuk mengisytiharkan darurat bagi menangani ancaman COVID-19.

Parti itu menyatakan, mengikut pakar-pakar kesihatan awam dan penyakit-penyakit berjangkit, tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat untuk menangani ancaman COVID-19.

Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah untuk memperkukuhkan tindakan-tindakan kesihatan awam demi menghadapi gelombang ketiga ini, menurut Amanah dalam satu kenyataan. – EDISI9

Baca juga:   Tun Ariffin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Wartawan

Terkini

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan