25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Khabib tunai janji ibu, juara tak terkalah umum bersara

Mesti Baca

ABU DHABI – Juara dunia lightweight, Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraannya selepas mendedahkan dia berjanji kepada ibunya pertarungan dengan Justin Gaethje adalah yang terakhir buatnya.

Memetik AFP, atlet Russia itu memenangi pertarungan dengan teknikal knockout pada pusingan kedua selepas bertarung buat kali pertama dan terakhir selepas kematian bapa yang juga jurulatihnya, Abdulmanap akibat Covid-19, Julai lalu.

“Saya juara Ultimate Fighting Championship (UFC)  unggul dan belum pernah ditewaskan dengan rekod 13-0 (dalam UFC) dan 29-0 keseluruhan dalam karier profesional MMA (Mix Martial Arts) saya.

“Saya berjanji kepada ibu saya yang ini adalah pertarungan terakhir. Saya tidak mungkin akan ke sini lagi (gelanggang) tanpa bapa saya,” kata Khabib yang menitiskan air mata selepas kemenangan ke atas Gaethje.

TIADA tandingan, Khabib masih belum pernah tewas sepanjang kariernya.

Khabib yang terkenal dan cekap dengan ground fight telah diberikan tentangan hebat oleh Justin Gaethje pada pusingan pertama.

Serangan Gaethje banyak difokuskan kepada kaki kiri Khabib bagi melemahkan kesimbangan pertarung lagenda itu dan taktik Gaethje itu memberi impak pada pusingan pertama.

Namun Khabib seorang petarung berhati kering tidak menunjukkan sebarang reaksi dan membalas segala serta menyerap asakan dengan kental sekali.

Pusingan kedua menyaksikan Gaethje semakin agresif melakukan tendangan ke kaki Khabib dan memaksa Khabib beraksi lebih agresif dan melakukan jatuhan kali kedua.

Khabib akhirnya menewaskan juara interim lightweight , Justin Gaethje selepas satu minit 34 saat pertarungan pusingan kedua sekali gus melebarkan rekod kemenangan kepada 29-0.

29 pertarungan tanpa tewas menobatkan Khabib sebagai  juara tidak boleh dipertikaikan dan tak terkalahkan.

Kemenangan Khabib diselebungi suasana sedih selepas Khabib mendedikasikan kemenangannya ini kepada arwah bapanya dan menangis di gelanggang Oktagon.

Sementara itu, seteru lamanya, Conor McGregor dari Ireland antara orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada atlet 32 tahun dari Russia itu.

“Saya akan meneruskannya. Hormat dan takziah sekali lagi di atas pemergian bapa anda, kepada anda dan keluarga. Yang benar, keluarga McGregor,” kata McGregor. – AGENSI

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan