28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kenderaan baharu PDRM dilarikan dua suspek lebih 360km

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta peronda  polis model Honda Civic 1.8S di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang dilarikan dua suspek lebih 360 kilometer dalam satu kejadian, malam tadi.

Dua suspek itu dikatakan nekad melarikan kenderaan baharu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut yang berada di IPD berkenaan kira-kira pukul 9.40 malam.

SUSPEK berjaya ditahan di Seksyen 9 Shah Alam. Foto FACEBOOK

Menurut sumber, suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis dengan memasuki kawasan IPD dengan menunggang motosikal.

“Suspek kemudiannya mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah kereta peronda polis itu.

“Berikutan itu, polis melancarkan gerakan bagi memburu suspek yang dipercayai melarikan kenderaan terbabit ke selatan tanah air,” katanya yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Difahamkan kereta polis itu akhirnya ditemui semula berhampiran lampu isyarat Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar kira-kira pukul 2 pagi, hari ini.

Advertisements

“Dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dan 30-an yang melarikan MPV itu berjaya diberkas polis di lokasi kejadian.

“Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol. Motif kereta MPV itu dilarikan masih disiasat,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Sebanyak 425 kereta Honda Civic 1.8S yang dilengkapi peralatan komunikasi RMPNet, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih digunakan PDRM dengan menelan kos keseluruhan bernilai RM67 juta.

Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaharu digunakan PDRM yang dilengkapi peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan