25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ford Ranger jadi rebutan pengunjung Minggu Saham Digital 2020

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Ford Ranger dan Toyota Vios 1.5G ditawarkan kepada orang ramai yang berkunjung ke program Minggu Saham Digital (MSD) yang berlangsung 18 hingga 24 November ini.

MSD yang menggantikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang telah dilangsungkan sejak dua dekad lalu berikutan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia masa kini.

Selain kedua-dua jenis kenderaan itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku penganjur MSD turut menawarkan pelbagai hadiah lain yang keseluruhannya melebihi RM500,000.

Ini termasuk sebuah Perodua Aruz 1.5AV, Honda CBR250, lapan buah motosikal Honda Dash 125S dan e-baucar Lazada bernilai lebih RM180,000.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, PNB telah berjaya meletakkan MSAM sebagai acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang mesra keluarga selama dua dekad.

ZETI AKHTAR AZIZ

“PNB akan terus mendukung cara baharu dan menarik untuk mendekati pemegang unit kami dan rakyat Malaysia bagi memperkasakan literasi kewangan melalui platform digital yang mudah untuk dilayari.

“Acara digital ini merupakan satu langkah penting ke arah perjalanan transformasi organisasi PNB yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

MSD akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube dari pukul 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam.

Zeti berkata, dengan menganjurkan acara tahunan itu secara dalam talian, semua lapisan masyarakat dapat mengikuti pelbagai kandungan dan aktiviti MSD di mana sahaja mereka berada.

Beliau turut mengumumkan rakan korporat PNB untuk MSD antaranya Maybank, Sime Darby, UMW Holdings, S P Setia, MIDF dan Perodua selain MNRB Holdings, CCM, Duopharma Biotech, Velesto Energy, Sapura Energy dan Prolintas.

“Sepanjang tujuh hari ini, pengunjung dapat menyaksikan pelbagai aktiviti, daripada siri forum dan webinar pendidikan, kepada segmen-segmen yang menghiburkan seperti konsert maya.

“Selain itu, mereka juga boleh menyertai acara permainan, rancangan memasak, eksperimen sains yang unik, pertandingan pencarian harta karun maya serta pertandingan lakaran pelitup muka,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai MSD boleh diperoleh menerusi www.minggusahamdigital.com.my atau @minggusahamdigital di Instagram dan Facebook. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan