24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pertimbangkan bantuan ‘one-off’ RM500 kepada mahasiswa

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran ‘one-off’ sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), baru-baru ini. 

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum terpaksa akur dengan keputusan KPT  menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober ini.

“Walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini, namun keputusan di saat akhir hakikatnya telah memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa.

“Justeru Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, KPT mencadangkan  Institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran pelajar secara fizikal berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini.

Advertisements

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sehubungan itu meminta IPT bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan pelajar yang terkesan dengan langkah itu.

Menurutnya, beliau maklum akan rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal. 

Berikutan penangguhan pendaftaran itu, nasib pelajar yang terjejas mendapat perhatian rakyat Malaysia khasnya pengguna media sosial yang melancarkan kempen #siswajagasiswa

Kebanyakan penuntut IPT dilaporkan tidak dapat pulang ke rumah, malah tidak tahu mana hendak dituju, antaranya disebabkan masalah kewangan.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew turut tampil menawarkan untuk menghantar pulang pelajar terjejas dengan menyewakan bas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan