30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sungai Semenyih dicemar bau seperti bangkai, 300,000 terjejas

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pencemaran bau Sungai Semenyih yang menyebabkan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan operasinya sejak pukul 4.30 petang semalam, disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Henti tugas loji itu menyebabkan kira-kira 273 kawasan terjejas membabitkan 309,605 akaun pengguna mengalami bekalan air tidak berjadual.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siasatan awal mendapati pencemaran bau itu mengalir ke Sungai Semenyih dari Sungai Batang Benar yang berhampiran dengan kawasan perindustrian itu.

TUAN IBRAHIM meninjau kawasan perindustrian Nilai yang dipercayai mencemarkan Sungai Semenyih. foto FACEBOOK TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Menurutnya, punca sebenar pencemaran di sungai berkenaan masih dalam siasatan.

“Bau seakan-akan bangkai. Punca dikenal pasti di sekitar kawasan perindustrian Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan. Lokasi sebenar masih dalam siasatan

“Buat masa ini kita terpaksa menunggu pencemaran bau itu hilang, barulah loji dapat beroperasi semula. Setakat ini kita tidak pasti berapa lama sebab kita masih menyiasat punca pencemaran bau itu dan seluruh pasukan penyiasat tertumpu di Sungai Batang Benar,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari selepas mendengar taklimat daripada Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Stesen Pam Air Mentah Loji Sungai Semenyih, Jenderam Hilir, semalam.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata,  beliau turun padang bagi meninjau lokasi disyaki punca pencemaran Sungai Semenyih di kawasan perindustrian di Nilai Utama, Negeri Sembilan, malam tadi.

“Semoga Allah SWT membantu urusan penguat kuasa untuk mengenal pasti punca sebenar bagi memudahkan urusan seterusnya,” katanya.

Beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan tinjauan di LRA Sungai Semenyih, malam tadi.

Menurutnya, tahap pencemaran di sungai berkenaan pada tahan empat TON sehingga 4 petang, semalam.

Sementara itu, Amirudin memaklumkan beliau sudah berhubung dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun untuk bekerjasama menyelesaikan isu berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi, Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, dua sungai di Negeri Sembilan disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan operasi loji pembersihan air (LPA) Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sejak semalam.

Menurutnya, ini berdasarkan hasil siasatan awal yang dilakukan pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Katanya, dua sungai berkenaan, Sungai Pajam dan Sungai Batang Benar dikesan kehadiran bau seperti bangkai yang menjadi punca pencemaran.

“Siasatan yang dijalankan oleh pihak LUAS di Sungai Pajam mendapati bau seperti bangkai dikesan kuat di udara dan hasil siasatan lanjut mendapati terdapat aktiviti pembersihan reban angsa secara besar-besaran berlaku di kawasan berhampiran sungai ini.

“LUAS meneruskan pemantauan di kawasan Sungai Batang Benar bagi mengenal pasti potensi punca bau di mana hulunya adalah di kawasan perindustrian di Nilai 3 dan kedua-dua lokasi pemantauan isu berbau adalah melibatkan kawasan persempadanan di Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Loy Sian berkata LUAS telah mengaktifkan Kod Merah berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat.

Jelasnya, anggaran jarak dari lokasi siasatan ke muka sauk LPA Sungai Semenyih ialah 15 kilometer.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan