26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Pas junjung kasih kebijaksanaan Agong selesaikan kemelut

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pas hari ini menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Atas kebijaksanaan dan langkah berhemah Seri Paduka menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan dalam negara.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu juga yakin Al-Sultan Abdullah telah bertindak berdasarkan segala kuasa prerogatif dan budi bicara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan undang-undang negara atas konsep Raja Berperlembagaan.

“Justeru Pas menyeru parti-parti politik yang diberikan amanah untuk membentuk kerajaan yang kini dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, diberikan sokongan padu tanpa diganggu gugat bagi membolehkan Kerajaan ini befungsi dengan baik dan efektif,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain, kata beliau, jemaah Kabinet yang dianggotai oleh parti-parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (N), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pas dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab dengan memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat.

”Terutama pada era sukar di mana semua pihak berusaha bertungkus lumus bagi menangani penularan semula pandemik Covid-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas,’’ katanya.

Advertisements
TAKIYUDDIN HASSAN

Pada Selasa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap Al-Sultan Abdullah bagi mempersembahkan dokumen sahid dan akuan bersumpah bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Selepas majlis menghadap itu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin yang menjelaskan, sesi berkenaan berlangsung selama lebih kurang 25 minit dan Anwar telah mengemukakan jumlah Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

Walaupun bagaimanapun kata Ahmad Fadil, Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak mengemukakan senara nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktug dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan