33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

UMNO berantakan, wujud dua kumpulan, Ku Li ada majoriti ?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – ‘Gemparan’ politik yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan dan seterusnya menjadi Perdana Menteri bukan sahaja menggugat Kerajaan Perikatan Nasional malah UMNO pula dikatakan berantakan.

Sejak 23 September lalu, pelbagai laporan disiarkan oleh portal-portal berita yang memaparkan situasi dalaman UMNO bukan sahaja dalam isu Anwar malah terbaru berkaitan menarik diri daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Hari ini, portal berita The Vibes memetik satu sumber yang mendakwa UMNO kini berpecah dua kumpulan.

Dakwa sumber tersebut kumpulan pertama dipimpin Presidennya, Datuk Ser Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Satu lagi kumpulan berpihak kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disokong oleh Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Lebih menarik lagi, sumber itu mendakwa, kumpulan Ahmad Zahid dan Najib mendapat sokongan 15 Ahli Parlimen manakala kumpulan Hishammuddin yang menyokong Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri mempunyai sokongan 24 daripada 39 Ahli Parlimen UMNO.

Baca juga:   Mahathir jangan akhirnya jadi 'sampah politik' - Syed Ali

Astro Awani Online turut menyiarkan laporan yang hampir sama dengan melaporkan, Ahli Parlimen yang bersama Tengku Razaleigh menyokong beliau menjadi calon Perdana Menteri.

“Bila kita tengok semula kem Ahmad Zahid dan Najib, mereka hanya mempunyai 15 sokongan Ahli Parlimen. Kebanyakan mereka ini telah didakwa atas kesalahan jenayah atau sedang menunggu hukuman,” kata laporan itu memetik satu sumber.

Baca juga:   Banjir: SKMM, telco diarah siapkan elektrik alternatif
Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak

Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah kebenaran laporan ini, apatah lagi laporan itu juga memetik satu sumber yang mendakwa Tengku Razaleigh mempunyai sokongan ahli Parlimen melebihi Anwar untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Sokongan itu menurut laporan Astro Awani, juga datang daripada sebahagian wakil Pas, DAP, Amanah, GPS, PKR dan Pejuang.

Setakat artikel ini dihasilkan, belum ada penafian daripada mana-mana individu yang dikaitkan.

Sementara itu, sebuah lagi portal Free Malaysia Today memetik sumber Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bahawa UMNO mengemukakan perkongsian kuasa yang sama kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar.

Dakwa sumber BN itu, jika kedua-dua pemimpin itu tidak menerima formula tersebut pilhan raya kilat mungkin akan diadakan.

“Sekiranya rundingan antara Muhyiddin dengan UMNO gagal, ahli UMNO boleh mendesak Ahmad Zahid menyokong Anwar ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong,” dakwa sumber tersebut.

Sumber itu juga mendakwa, beberapa ahli UMNO berharap rombakan Kabinet dibuat bagi memperkuatkan kedudukan parti itu dalam gabungan Perikatan Nasional dan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada parti tersebut.

Baca juga:   Wajib kukuh perpaduan dibina menerusi MN - Abdul Hadi

“Sebilangan ahli UMNO tidak selesa dengan seorang atau dua menteri Bersatu yang terlalu mengawal Muhyiddin,” dakwa sumber berkenaan.

Persoalannya benarkah semua dakwaan itu? – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Pengurangan kerusi UMNO atas dasar musyawarah BN

Terkini

Kylian Mbappe dinamakan kapten baharu Perancis

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps melantik penyerang muda sensasi, Kylian Mbappe sebagai ketua pasukan baharu skuad Les Bleus. Lantikan itu dibuat...

Lagi Artikel Berkaitan