25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Daerah Petaling zon merah, semua sekolah ditutup mulai esok

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kesemua sekolah di daerah Petaling dekat sini ditutup mulai esok sehingga 25 Oktober ini selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan daerah itu sebagai kawasan zon merah COVID-19.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu melibatkan 298 sekolah rendah dan menengah serta sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian itu.

Selain itu, sekolah-sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup dan ibu bapa diminta mengambil anak-anak mereka untuk dibawa pulang.

“Bagaimanapun murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah,” kata kenyataan tersebut.

Kementerian itu berkata, dalam tempoh penutupan sekolah berkenaan, pengetua dan guru besar akan memastian guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikur kesesuaian kedua-dua pihak.

“Bagi kebanyakan sekolah yang kini sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekolah yang terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semual peperiksaan ini ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Advertisements

Daripada 298 sekolah daerah tersebut yang diarah tutup itu, ia membabitkan 44 buah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina (10), SJK Tamil (4), sekolah menengah (26) dan dua buah kolej tingkatan enam.

Selain itu sebanyak tujuh buah sekolah rendah swasta dan 22 sekolah menengah swasta turut diarah tutup bagi mengelak penyebaran wabak tersebut.

Kementerian Pendidikan berkata, senarai tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik dalam portal kementerian di www.moe.gov.my dan platform media sosial rasmi.

Sementara itu, sesi persekolahan semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di daerah Petaling turut ditangguh mulai esok sehingga 25 Oktober.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata penangguhan itu berkuat kuasa sehingga terdapat arahan baharu daripada jabatan itu.

“Sepanjang tempoh penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka itu, semua pengetua, guru besar dan ketua guru hendaklah memastikan guru-guru serta pelajar melaksanakan pengajaran serta pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian.

“Dalam hal ini, JAIS sentiasa memantau situasi di Selangor dan bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan