26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Covid-19: Beri kuasa autonomi kepada guru besar tutup sekolah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran memberikan kuasa autonomi kepada guru besar setiap sekolah untuk membuat keputusan menutup sekolah tanpa bergantung kepada kebenaran atau arahan dari Kementerian Pendidikan.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau percaya guru besar mampu bertindak lebih pantas sebab mereka lebih memahami keresahan dan kebimbangan guru-guru dan ibu bapa serta risiko Covid di sekolah mereka.

Menurutnya, jika sekolah tidak ditutup, kelonggaran perlu diberi kepada ibubapa yang memilih untuk tidak hantar murid-murid ke sekolah tanpa murid-murid dihukum sekolah atau cikgu.

“Dalam tempoh krisis Covid ini, saya harap kerajaan akan memberi kuasa autonomi kepada guru besar setiap sekolah untuk membuat keputusan menutup sekolah tanpa bergantung kepada kebenaran atau arahan dari Kementerian Pendidikan.

“Selain itu, cikgu-cikgu juga patut diberikan sedikit elaun untuk menggalakan mereka menyediakan pelajaran setiap hari secara online bagi murid-murid yang tidak hadir sekolah,” tulisnya di akaun Facebook rasmi beliau.

Kelmarin, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk menutup sekolah adalah berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Baca juga:   Jangan sampai rakyat menyesal pilih BN - Najib

Menurutnya, beliau menghargai saranan dan sedar kegusaran serta kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.

“Saya menerima banyak pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak mengenai keperluan menutup sekolah apabila terdapat peningkatan kes penularan Covid-19.

Baca juga:   Imam berdepan 12 pertuduhan rogol, seks luar tabii adik ipar

“Kami di KPM sentiasa memantau rapat keadaan di sekolah seluruh negara,” katanya di Facebook malam tadi.

Selain itu, gesaan menutup sekolah turut dibuat Pergerakan Pemuda UMNO yang bimbang dengan penularan Covid-19 ketika ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Poster tular pengeluaran terakhir RM100 hingga RM50,000 diluluskan KWSP palsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nafi meluluskan pengeluaran sebanyak RM100 hingga RM50,000 sebelum AidilFitri oleh Menteri Kewangan melalui poster...

Lagi Artikel Berkaitan