23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Fosil gajah purba 30,000 tahun ditemukan di Perak

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sekumpulan saintis dari Universiti Malaya (UM) menemukan fosil gajah purba Stegodon pertama di negara ini yang dianggarkan berusia 30,000 tahun.

Gajah purba tersebut antara genus Proboscidea daripada keluarga Stegodontidae yang sudah lama pupus itu ditemui dalam gua batu kapur di Gopeng, Perak.

Memetik Berita Harian, penyelidikan itu diketuai saintis dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Dr Ros Fatihah Muhammad dengan kerjasama ahli paleontologi vertebrat dan zoo arkeologi dari Persatuan Paleontologi Malaysia, Lim Tze Tshen.

Penyelidik di dalam gua di mana fosil di jumpai di Gopeng, Perak. foto BERITA HARIAN

Menurut Ros Fatihah, spesies berkenan berbeza dengan gajah moden Asia (Elephas maximus) yang masih wujud di negara ini dari segi morfologi, ekologi dan taksonomi, selain tiada penemuan fosil Stegodon di Malaysia, sehingga kini.

Katanya, Perak mempunyai kepelbagaian spesimen dan spesies Proboscidea paling tinggi di Malaysia, sekurang-kurangnya dua atau tiga jenis Proboscidea berlainan pernah hidup di Semenanjung (Stegodon sp., Elephas maximus dan berkemungkinan juga Palaeoloxodon namadicus).

Penemuan itu katanya amat penting dari segi biogeografi dengan implikasi terhadap pembinaan semula sejarah laluan migrasi biota zaman Pleistosen, termasuk manusia.

Advertisements

“Ini hasil susulan daripada makluman kumpulan peneroka gua, Kinta Valley Watch serta tinjauan dan kajian kami. Kajian setakat ini menunjukkan tinggalan hidupan ini tidak berasosiasi dengan manusia purba.

“Bagaimanapun amat penting dalam kajian berkaitan sejarah migrasi fauna kuno dan juga perubahan alam sekitar di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fosil itu dikenal pasti sebagai Stegodon oleh Tze Tshen serta perkongsian pakar dari seluruh dunia, antaranya 5th Earl of Cranbrook; Datuk Seri Gathorne Gathorne-Hardy dari Natural History Museum (London) dan Dr John de Vos dari Naturalis Biodiversity Center (Leiden).

Proses itu turut mendapat perkongsian daripada Dr Gert van den Bergh dari University of Wollongong, Australia serta Dr Gerrell Drawhorn dari California State University (Sacramento), Amerika Syarikat (AS).

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan