23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Elak jadi mangsa ‘Scammer’ dengan Semak Mule

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai  menggunakan portal dan aplikasi ‘Semak Mule’ bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan oleh sindiket penipuan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, aplikasi itu mula diperkenalkan pada Januari tahun lalu dan boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.

ACRYL SANI ABDULLAH SANI

“Polis mengambil inisiatif membangunkan aplikasi mudah alih Semak Mule untuk membolehkan masyarakat semak akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah secara sahih.

“Masyarakat boleh akses aplikasi ini di mana jua mereka berada untuk membuat semakan awal sebelum mereka menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan Edisi9 di Google Playstore mendapati, aplikasi itu telah dimuat naik lebih 100,000 kali dan mendapat rating 4.4 daripada pengguna.

Advertisements

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan dengan melari laman web https://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Memetik laporan Harian Metro, Acryl berkata, pada 2019, sebanyak 28,508 kes penipuan atas talian dilaporkan dengan jumlah kerugian mencecah RM2.4 bilion.

Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan modus operandi penjenayah siber ini.

“Apa saja urusan berkaitan dengan akaun, tangkapan dan kes hanya diselesaikan di pejabat sama ada di balai polis, mahkamah atau pejabat tanah dan bukan dengan panggilan telefon,” katanya.

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan