23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

China beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia hingga 2023

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – China bersetuju untuk membeli minyak sawit Malaysia dan produknya sebanyak 1.7 juta tan hingga tahun 2023.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, kejayaan itu terhasil daripada pertemuan beliau dan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi, hari ini.

“Pertemuan empat mata saya dan Wang Yi hari ini cukup bermakna apabila China setuju membeli minyak sawit Malaysia dan produknya sebanyak 1.7 juta tan hingga tahun 2023. 

“Saya yakin, ini bukan sahaja membawa kepentingan kepada ekonomi dan Felda, tetapi lebih utama ia bakal memberi manfaat kepada peneroka di seluruh negara. InsyaAllah,” tulis beliau di Facebook.

Hishamuddin menjelaskan, Wang Yi antara rakan sejawat terawal yang menghubunginyan pada hari pertama bertugas di Wisma Putra Mac lalu. 

Menurutnya, China juga antara penyumbang bantuan #COVID19 terbesar kepada Malaysia setakat ini. 

“Ini buktinya hubungan Malaysia-China semakin baik dalam tujuh bulan ini. 

“Saya pernah sebut Ogos lalu, Wisma Putra akan manfaatkan peluang ini untuk tingkatkan eksport produk kelapa sawit negara kita ke China,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media, Hishamuddin berkata,  China bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin Covid-19.

Baca juga:   UMNO sasar tanding tidak kurang 96 kerusi Parlimen - Tok Mat Hasan

Katanya, bekalan itu akan diagihkan selepas negara itu berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.

“Kami menyambut baik dan menghargai komitmen China dalam menyediakan vaksin Covid-19 kepada kita selepas ia berjaya dibangunkan kelak selain menyenaraikan Malaysia sebagai penerima utama.

Baca juga:   Kapal pengawal pantai China ceroboh perairan Malaysia

“Kami juga menyambut baik kesepakatan China untuk mendorong perusahaan negara itu dalam menjalin kerjasama serentak dengan rakan kongsi Malaysia dalam penyelidikan dan pengembangan vaksin serta pengedarannya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Langgar peraturan: Polis siasat kenderaan timbalan menteri

CYBERJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menyiasat sebuah kenderaan dipercayai milik seorang timbalan menteri kerana memotong di...

Lagi Artikel Berkaitan