31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

PRK Batu Sapi:23 November penaman calon, 5 Disember hari mengundi

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen, Batu Sapi di Sabah yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong baru-baru ini. 

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata, penamaan calon ditetapkan pada 23 November manakala 1 Disember sebagai tarikh mengundi awal.

ABDUL GHANI SALLEH

Menurutnya, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga pukul 11.59 malam, 4 Disember.

“Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka dan tutup permohonan adalah pada 13 Oktober dan 19 November 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vui Keong, 60, meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah pada 2 Oktober lalu.

Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan) berasal dari Kota Belud dan memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dengan majoriti 4,619 undi mengalahkan pencabar terdekatnya, Datin Linda Tsen (BN).

Batu Sapi yang terletak dalam daerah Sandakan kini diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 9 Oktober lalu selepas dikategorikan sebagai zon merah dengan mencatat 316 kes COVID-19 sehingga semalam.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, bagi PRK Batu Sapi, SPR akan mencadangkan penambahbaikan garis panduan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuatkuasa.

Katanya, perkara yang diketengahkan adalah pematuhan penjarakan fizikal, penggunaan sanitasi tangan, proses saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran bagi semua aktiviti berkaitan pilihan raya.

“Pematuhan garis panduan pencegahan Covid-19 akan dikuatkuasakan dengan ketat di semua proses pilihan raya iaitu taklimat petugas, proses penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi.

“Pematuhan itu termasuk pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi sepanjang tempoh berkempen,Hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi,” katanya.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan