32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Buang pemimpin UMNO yang sokong pembangkang – Ku Li

Mesti Baca

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan, mana-mana ahli UMNO yang mendahulukan kepentingan parti politik lain, boleh dikenakan tindakan disiplin, termasuk dibuang parti.

Beliau yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan itu juga boleh dikenakan terhadap pimpinan tertinggi parti, sekiranya benar ada dalam kalangan mereka yang mengambil pendekatan sedemikian.

“Bagi saya, sebagaimana yang disuarakan oleh ramai ahli-ahli UMNO di peringkat bawah, sikap yang ditunjuk oleh pimpinan UMNO itu seolah-olah dia tidak hormati perjuangan UMNO.

“Nak mendahulukan pimpinan parti lain. Mengapa begitu? Jadi kalau inilah sikap mereka sebenar, mereka patut diambil tindakan, sampai boleh dibuang daripada parti kalau tidak memperjuangkan kepentingan parti,” katanya kepada Astro Awani.

Tengku Razaleigh berkata, adalah tidak wajar untuk mendahulukan kepentingan pihak lawan, khususnya Pakatan Harapan, sedangkan UMNO selama ini tegas tidak bersetuju dengan dasar mereka.

Advertisements

Beliau berkata, pada masa kini, terpulang kepada ahli parti yang mempunyai kesedaran untuk menegur pimpinan UMNO, terutamanya dalam kembali kepada landasan perjuangan sebenar.

“Apakah pimpinan daripada parti pembangkang, mesti didahulukan, dan disokong oleh kita? (Sedangkan kita tak bersetuju dengan dasar-dasar dia.

“Ini terpulang kepada mereka mempunyai sikap yang kuat memperjuangkan perjuangan parti itu sendiri. Kalau mereka fikir kita tidak mempunyai haluan, sebagaimana kehendak dan tuntutan parti dan orang Melayu seluruhnya, maka terpulang kepada ahli-ahli yang sedar, untuk bertindak,” katanya lagi.

Dan tindakan itu, ulas beliau lagi, boleh diambil kepada siapa-siapa pun, termasuk pimpinan utama UMNO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan