25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Jangan terpengaruh taktik ‘baling batu sembunyi tangan’

Mesti Baca

Oleh DATUK SERI ABDUL HADI AWANG

RAKYAT yang menderita dalam menghadapi pandemik Covid-19 dicelarukan dengan pergolakan politik yang tidak patut diutamakan, apatah lagi diperbanyakkan sehingga terpaksa muntah.

Masing-masing saling tuduh-menuduh dan mengaku paling membela rakyat.

Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat wajib menjadi hakim yang adil dalam membuat pertimbangan dengan akal yang sihat.

Jangan sesekali dipengaruhi oleh sesiapa pun, khususnya media upahan yang berniaga untuk mendapat habuan lumayan daripada pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan demi mengisi perut, sehingga menggunakan konsep matlamat menghalalkan segala cara.

Ikutilah senario politik yang berlaku dengan teliti dan berhemat, supaya berlaku adil khususnya terhadap diri sendiri yang dihukum kerana kesilapan yang dilakukan.

Isu menangani Covid-19 yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Tiba-tiba didominasi pula dengan isu pembubaran Kerajaan Negeri Sabah yang mewajibkan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Lihat dan renung siapa yang bertindak membubarnya.

Baca juga:   Siapa sebenar 'telunjuk lurus, kelingking berkait'?

Kemudian rakyat digemparkan pula dengan surat cinta untuk menjadi Perdana Menteri yang dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong secara tidak lengkap tanpa senarai nama yang menyokong dan mendukung, supaya Tuanku diberikan ‘kerja tambahan’ untuk mengesahkan senarai nama yang tiada, kononnya atas nama strategi.

Seterusnya dihantar usul bagi mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang sedang bertugas supaya memanas dan menjolok kerusinya ketika melaksanakan tugas menghadapi Covid-19 yang menimpa rakyat dan sedang melanda seluruh dunia.

Baca juga:   PPBM, PAS tolak jajaran politik baharu pasca PRU-15

Pepatah Melayu menyebut : “Membaling batu sembunyi tangan.”

Pepatah Arab menegaskan: “Dia yang menzalimi saya, dia pula yang berpura-pura mengadu dizalimi. Dia yang memukul saya, dia pula yang berpura-pura menangis dipukul.”

Saya yang bimbang dengan apa yang berlaku, Alhamdulillah masih mengenali watak mereka yang terlibat dengan taktik melempar batu sembunyi tangan sehingga menimbulkan isu yang berlaku hari ini.

Saya mengenali mereka yang menulis surat cinta yang membara dan membaca wajah sebenar media upahan yang memainkan peranan melariskannya bagi mengelirukan rakyat supaya sentiasa tertipu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak harus bagi seseorang yang beriman disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang (yang sama).” (Riwayat al-Bukhari 6133 dan Muslim 2998)

Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW:

“Jangan meminta-minta menjadi ketua. Jika diberikan kepadamu dengan sebab meminta nescaya dibebankan dirimu (tanpa pertolongan Allah), jika diserahkan kepadamu bukan dengan memintanya nescaya Allah menolongmu”. (Riwayat al-Bukhari 7146 dan Muslim 1652)

  • Artikel ini dipetik dari ruangan Minda Presiden bertajuk ‘Sibuk Berpolitik Semasa Covid-19’ yang disiarkan dalam harakahdaily.net
Baca juga:   Rauf dilantik Pengarah Urusan Nokia bagi 3 negara

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan