25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Tolak orang yang menyusahkan rakyat Sabah – Ahmad Zahid

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Sabah khususnya pengundi untuk menolak ‘orang’ yang telah menyusahkan rakyat sehinggakan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan.

“Kenapa kita berkumpul… kerana ada pilihan raya… kerana apa… kerana ada orang yang menyusahkan kita dan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Oleh itu kita perlu tolak orang yang menyusahkan kita,” tegasnya seperti mana dilaporkan UMNOonline hari ini.

Beliau berkata demikian dalam majlis pertemuan bersama masyarakat dan jentera BN di PDM Keramat dalam DUN Tanjung Batu, malam tadi

Kata Presiden UMNO itu, ada pihak menuduh BN mahu ‘tebuk atap’ untuk mendapatkan kerajaan Sabah sedangkan realitinya siapa yang bersikap demikian.

“Kenapa PRN diadakan semula… kerana mereka tuduh BN mahu ‘tebuk atap’ dan mahu ikut pintu belakang tapi siapa sebenarnya yuang bersikap demikian? Tahun 2018 BN dah angkat sumpah tapi kerana ada usaha ‘tebuk atap’ oleh mereka maka mereka berkuasa.

“Tak apalah… kita serahkan semula mandat kepada rakyat dan insya-Allah BN akan memerintah semula nanti.”

Ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, kerajaan BN dahulu sentiasa mahu membantu rakyat termasuklah dengan mewujudkan pelbagai pembangunan demi rakyat.

“Projek Mega (lebuh raya) Pan Borneo adalah untuk rakyat tapi apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya batalkan maknanya mereka nafikan hak rakyat Sabah dan samalah juga dengan menolak pembangunan untuk rakyat Sabah sendiri.

“BN wujudkan pembangunan untuk kemajuan rakyat tetapi apabila PH berkerajaan, kepentingan rakyat diketepikan, ramai yang tak ada kerja, ekonomi jatuh, ramai uusahawan tak ada kerja dan ini semua bermakna bahawa kepentingan rakyat Sabah diketepikan.

Advertisements

“Kita tidak mahu rakyat menderita, rakyat mahu rumah, mahu pekerjaan, mahu infrastruktur tapi kerajaan yang ambil alih sekat semua perkara untuk rakyat,” bidasnya lagi.

Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Tan Sri Annuar Musa ketika membantu kempen calon tunggal Wanita UMNO pada PRN Sabah, Cahya Sulaiman di DUN Gugusan malam tadı.

Tegas Ahmad Zahid, PRN kali ini menyaksikan kelainan apabila buat kali pertama BN dan UMNO menggunakan kuasa autonomi mereka sendiri.

“Inilah pertama kali kita berikan autonomi dan BN serta UMNO Sabah menggunakan kuasa autonominya sendiri.

“Calon PRN ini adalah daripada suara orang Sabah sendiri dan kita percaya kepada kebolehan orang tempatan malah kita berikan kuasa kepada orang Sabah untuk menentukan masa depan sendiri,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada anggota jentera yang memberikan sokongan kepada calon BN khususnya ahli Pas Sabah.

“Walaupun Muafakat Nasional (MN) tak wujud di Sabah sokongan yang diberikan kepada calon BN amat dihargai,” katanya.

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan