25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lionel Messi peroleh pendapatan tertinggi, Ronaldo tempat kedua

Mesti Baca

BINTANG Barcelona, Lionel Messi kini menjadi pemain bola sepak kedua bertaraf bilionair selepas kedudukan tersebut pernah dinikmati pemain Juventus, Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Forbes melaporkan, Messi kini memperoleh pendapatan sebelum cukai AS$ 1bilion (RM4.1 bilion) sepanjang kariernya.

Pada tahun ini, Messi merupakan pemain dengan pendapatan tertinggi apabila pemain antarabangsa Argentina itu memperoleh AS$ 126 juta (RM516.6 juta) iaitu gaji AS$92 juta (RM377.2 juta) ditambah AS$ 34 juta (RM139.4 juta) daripada sumber lain.

Sebelum ini Messi melahirkan hasratnya untuk meninggalkan Barcelona dan beliau percaya boleh menggunakan satu klausa dalam kontraknya untuk berbuat demikian secara percuma.

Bagaimanapun impian itu tidak kesampaian apabila kelab berkenaan menegaskan klausa tersebut sudah tamat tempoh dan beliau hanya boleh meninggalkan pasukan itu dengan pampasan 700 juta euro (RM3.4 bilion).

Advertisements
CRISTIANO RONALDO – Getty Images

Ronaldo pula berada di tempat kedua dalam senarai Forbes, dengan penyerang Juventus itu mendapat pendapatan tahunan sebanyak AS$117 juta (RM479.7 juta).

Dengan 457 juta pengikut di akaun media sosialnya, Ronaldo adalah atlet paling popular di dunia. Beliau mempunyai perjanjian dengan syarikat seperti Nike dan Herbalife.

NYEMAR – Reuters

Di tempat ketiga adalah pemain sayap Paris Saint-Germain Neymar, yang menjana pendapatan AS$96 juta (RM393.6 juta).

Pendapatan rakan sepasukan Neymar dalam PSG, Kylian Mbappe meningkat dengan ketara bagi membolehkan beliau menduduki tempat keempat dengan pendapatan AS$42 juta (RM172.2 juta).

Turut mencatatkan nama dalam senarai pemain memperolehi pendapatan tertinggi ialah Antoine Griezmann dari Barcelona AS$ 33 juta (RM135.3 juta), Gareth Bale dari Real Madrid sebanyak AS$29 juta (RM118.9 juta), Robert Lewandowski – Bayern Munich dengan perolehan AS$ 24 juta (RM98.4 juta) dan Penjaga gol Manchester United, David de Gea (AS$27 juta = RM110.7 juta). – Agensi

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan