25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Zahid ingatkan jangan politikkan soal kedaulatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan soal keselamatan dan kedaulatan sebaliknya memberikan keutamaan demi kepentingan keseluruhan rakyat kerana Sabah sebahagian dari Malaysia.

Ketika berucap membantu Calon parti itu bagi DUN Kukusan di Kalabakan malam tadi, Ahmad Zahid berkata, soal keselamatan bukan satu tanggungjawab kecil dan ia adalah soal kerajaan Persekutuan yang mempunyai amanah membantu semua negeri tanpa memihak kepada mana-mana pun sama ada pembangkang atau tidak.

Dr. Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Bersama Masyarakat dan Jentera BN di DUN Kukusan, Kalabakan, malam tadı.

“Satu tak dapat saya lupakan iaitu peristiwa di Lahad Datu. Ketika itu kita terpaksa ambil tindakan nekad untuk tentukan Sabah terus dijaga dan dipertahankan sebab kita tak mahu penceroboh masuk Sabah.

“Ketika itu ada seakan perancangan licik, kononnya Sabah adalah sebahagian Filipina namun kita pertahankan dan yang pertahankannya bukan hanya ‘Sabah for Sabahan’ tetapi kami juga orang Semenanjung,” ujarnya seperti dilaporkan UMNOonline hari ini.

Peringatan tegas Ahmad Zahid itu dipercayai merujuk kepada tindakan Filipina yang menyatakan soal tuntutan ke atas Sabah.

‘’Soal Sabah tiada ada lagi rundingan. Itulah sebabnya PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) sudah iktiraf Sabah adalah sebuah negara merdeka di bawah Malaysia.

“Apabila pencerobohan dilakukan, kita merasakan bahawa harus turun ke Sabah dan pergi ke ‘ground zero’ dan walaupun saya adalah orang Semenjung tapi saya bertanggungjawab pertahankan tanah air kita kerana Sabah adalah sebahagian dari Malaysia.

“Adakah pihak tertentu dengan mengatakan tidak mahu parti Semenanjung, sedangkan BN ini adalah parti yang memerintah dahulu. Saya dari mana… dia pun dari mana… begitu juga PKR … DAP, Amanah dari mana?,” tegasnya.

Tegas beliau lagi, apabila bercakap soal Sabah ini bukanlah soal Malaya atau Semenanjung tapi membabitkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

“BN berikan kuasa autonomi, maknanya calon-calon dipilih oleh UMNO dan BN Sabah.. tidak ada campurtangan dari Semenanjung kerana kita yakin kepada Pengerusi BN Sabah.

“Bukan hanya calon dipilih oleh orang Sabah tapi penentuan calon Ketua Menteri Sabah juga dipilih oleh orang Sabah sendiri… bukan orang Putrajaya.

“Pendirian kita tegas bahawa setelah mempunyai kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan maka berundinglah dalam kalangan mereka untuk memilih Ketua Menteri sendiri,” katanya lagi.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan