27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Sultan Selangor titah rumah, kilang tebing sungai diroboh

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan impak yang ditanggung rakyat negeri itu ekoran gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan sejak Khamis lepas.

Sehubungan itu, baginda menitahkan agar tindakan lebih tegas diambil dengan merobohkan rumah-rumah dan kilang-kilang, terutama kilang haram berhampiran tebing sungai kerana berpotensi mencemarkan anak-anak sungai dan sungai di Selangor.

“Baginda tidak berkenan adanya unsur campur tangan politik dalam penguatkuasaan isu-isu berkaitan alam sekitar dan pencemaran air sungai.

“Baginda telah lama menitahkan supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau dan memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap boleh menjejaskan bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air,” kata kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum itu Sultan Sharafuddin berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Shari untuk melaporkan kejadian bekalan air terputus yang menjejaskan lebih 5 juta pengguna di Lembah Klang.

Baca juga:   Ebit Lew terus hantar air, sukar lena bila ada orang perlukan air

Pejabat Diraja Selangor juga berkata, baginda mahu undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan dengan segera kepada pelaku-pelaku yang menyebabkan pencemaran sungai.

Jutaan penduduk di Lembah Klang menderita terputus bekalan air apabila loji bekalan tercemar di Selangor.

Titah baginda, penalti yang lebih berat wajar dikenakan kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar khususnya sumber air manakala mereka yang terbukti melakukan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman penjara mandatori serta dikenakan denda yang maksimum.

Baca juga:   Status quo Pas di Kelantan kekal sehingga PRU-15

“Baginda khuatir sekiranya masalah air ini berterusan, rakyat jelata akan memberontak dan boleh mengakibatkan ketegangan dan seterusnya akan menjejaskan keharmonian sosial.” kata kenyataan itu.

Sejak 2 September lalu, lebih 5 juta pengguna merana ekoran bekalan air terputus disebabkan pencemaran pada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang.

Pencemaran itu dikesan berpunca dari sebuah kilang di tebing Sungai Gong di Rawang. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan