27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

PRN Sabah: Pas tak tanding tapi akan bantu kempen

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pas membuat keputusan tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Pendirian Pas itu dinyatakan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini. Berikut kenyataan penuh beliau;

Pas menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk tertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah) setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

Dalam hal ini, Pas mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepadarakan-rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah, demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang.

Keutamaan Pas adalah persiapan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Sokongan jentera dan ahli-ahli Pas dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat.

Baca juga:   Dua tapak bina di Melaka dan Taiping, Perak tidak patuh SOP

Wartawan

Terkini

Umrah dibenarkan hanya sekali pada bulan Ramadan

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah tidak dibenarkan mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan...

Lagi Artikel Berkaitan