32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Covid-19: Pertimbang kuarantin wajib individu pulang dari Sabah

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Penularan pandemik Covid-19 di Sabah ketika ini boleh dianggap membimbangkan apabila empat kawasan di negeri itu diumumkan sebagai zon merah iaituTawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Malah, sebanyak 10 individu dari beberapa negeri dijangkiti coronavirus sejurus pulang dari Sabah sejak 20 September lalu.

Ini termasuk dua kes baharu semalam masing-masing di Pahang dan Selangor.

Terdapat kes jangkitan Covid-19 tanpa menunjukkan pesakit bergejala.

Ironinya bagi kes di Pahang, pesakit Covid itu dilapor mengunjungi banyak tempat di Negeri Sembilan dan Kuantan sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

Malah, Kementerian Kesihatan masih mengklasifikasikan Kuantan sebagai ‘zon hijau’ di sebalik fakta seorang disahkan positif Covid-19.


Selain itu,  Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan pada Rabu lalu mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 walaupun tidak bergejala.

Syukur beliau mempunyai tanggungjawab membuat saringan Covid selepas membantu kempen parti di Sabah selama beberapa hari.

Tidak cukup dengan itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa dikehendaki menjalani kuarantin di Kota Kinabalu, Sabah setelah menjadi kontak rapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii yang disahkan positif Covid-19.

Kes itu juga menyaksikan dua calon BN iaitu Datuk Kamarlin Ombi yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Sani Miasin untuk DUN Sindumin, selain calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi DUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob perlu dikuarantin.

Advertisements


Jelas, daripada situasi terkini, didapati jumlah kes positif Covid-19 di negeri Sabah masih tetap meningkat di sebalik nasihat KKM supaya mematuhi SOP.

Kes positif Covid-19 menunjukkan peningkatan ketara semasa PRN Sabah.


Seperti diumumkan, 97 daripada 111 kes positif Covid-19 dilaporkan semalam di negeri Sabah yang mana rakyatnya akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.


Untuk rekod, Sabah masih mempunyai beberapa kluster yang masih aktif di kebanyakan kawasan di negeri itu.


Adalah menjadi kebimbangan, penularan Covid-19 akan terus meningkat sekiranya pengundi gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kementerian semasa mengundi.


Ini belum lagi mengambil kira jentera parti serta kakitangan kerajaan dari Semenanjung Malaysia yang membantu kempen parti dan jabatan masing-masing, dijangka pulang selepas PRN Sabah tamat hari ini.

Adalah diharapkan kerajaan memandang serius perkara ini dan mengubah keputusan sebelum ini yang tidak mewajibkan kuarantin 14 hari kepada individu yang pulang dari Sabah.


Justeru, pertimbangkanlah kuarantin wajib 14 hari buat semua individu yang pulang dari Sabah ketika ini tanpa mengira kedudukan dan status mereka kerana jangkitan Covid-19 boleh berlaku buat mereka yang tidak bergejala.


Usah biar keadaan menjadi lebih buruk dan nasi menjadi bubur kerana mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan