25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Saya tak akan tanding PRU-15 – Tun M

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  tidak akan bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang.

Dr Mahathir yang dipetik Kyodo News bagaimanapun berkata, beliau akan terus melawan rasuah melalui parti baharunya, Pejuang.

“Saya mahukan sedikit masa lagi tetapi saya fikir saya akan berkhidmat hanya untuk tempoh yang pendek.

“Tetapi saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15,” kata beliau pada satu wawancara, kelmarin.

Dr Mahathir, 95 tahun memegang rekod sebagai ketua kerajaan paling berusia yang dipilih di dunia selepas PH menang pilihan raya Mei 2018.

Beliau juga merupakan bekas perdana menteri yang paling lama mentadbir Malaysia, selama 22 tahun dari 1981 ke 2003.

Dalam pada itu, Dr Mahathir percaya, kerajaan baharu PN telah mengikut cara lama pentadbiran Barisan Nasional yang didakwanya mengamalkan rasuah.

“Malangnya begitulah. Selama tiga bulan setelah Perikatan Nasional menjadi kerajaan, saya tidak membuat sebarang komen kerana saya ingin melihat prestasi mereka.

“Sayangnya, ia telah berubah menjadi rasuah, membeli sokongan untuk parti pemerintah. 

“Walaupun melakukan semua itu, ia hanya ada dua majoriti ahli Parlimen,” katanya lagi.

Baca juga:   Calon Lembah Pantai: Qobin bidas Raja Nong Chik

Beliau merujuk sokongan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dalam kalangan 222 ahli Parlimen, yang mana kerajaan PN kini memiliki dokongan 113 anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, kedudukan Muhyiddin dilihat tergugat berikutan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang mendakwa mempunyai sokongan mencukupi di Parlimen.

Baca juga:   Memalukan! Tun M hilang wang deposit di Langkawi

Dakwaan Anwar itu disokong oleh kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mengakui “ramai” ahli Parlimen UMNO telah menyokong Anwar.

Dr Mahathir berkata, Anwar perlu membawa hal ini untuk undian di Dewan Rakyat bagi mengesahkan presiden PKR mendapat sokongan mencukupi di kalangan ahli Parlimen.

“Saya harap kalau Anwar ada (majoriti) buktikan bahawa dia betul-betul mempunyai cukup bilangan dan kita putuskan perkara itu.

“Tunjuk bukti dan kita sanggup pergi ke Dewan Rakyat nak dengar siapa yang dapat sokongan dan siapa yang tidak mendapat sokongan,” kata bekas perdana menteri itu.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga tidak menolak Muhyiddin akan mengadakan pilihan raya umum bagi memecahkan kebuntuan politik.

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan