25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Asyraf Wajdi pelawa Syed Saddiq sertai Pemuda UMNO

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mempelawabekas Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Abdul Rahman agar menyertai pergerakan itu.

Asyraf Wajdi berkata, ini selepas bekas menteri belia dan sukan itu berhasrat menubuhkan sebuah parti baharu berikutan budaya politik wang yang semakin membarah.

“Oh, rupanya salah satu punca Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tinggalkan Tun M dan Bersatu kerana budaya politik wang yang membarah. Kalau macam tu jom sertai Pemuda UMNO!” katanya di Facebook.

Asyraf Wajdi menjelaskan, selama 22 bulan menjadi pembangkang, banyak perubahan berlaku dalam sayap UMNO itu.

Menurutnya, Pemuda UMNO telah banyak berubah yang mana proses penyaringan dan penyucian semulajadi berlaku apabila UMNO hilang kuasa. 

Beliau berkata, mereka yang mengejar projek dan memperhitungkan wang lebih dahulu meninggalkan wadah kononnya atas nama ‘berhijrah’. 

“Yang tinggal terus bermuhasabah, melakukan koreksi diri dan sama-sama membangunkan kembali wadah dengan wajah dan iltizam baharu untuk menanggalkan budaya lama yang bobrok demi sebuah perjuangan.

“Saya bangga dengan seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO di semua peringkat! Kamu pejuang setia yang sejati. Moga terus istiqomah menerajui perubahan!” katanya.

Baca juga:   6 kali amaran cuaca MET Malaysia tidak diendahkan

Syed Saddiq baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan menyertai Pejuang, parti baru yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya mahu menubuhkan parti politik baru berbilang kaum dan memfokuskan belia.

Baca juga:   Pemuda UMNO harap KWSP longgar syarat pengeluaran akaun 1

Menurut jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’, di Perancis mereka boleh menubuhkan ‘En Marche’ di bawah Macron, beliau merasakan sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda. – Edisi9

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan