26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ebit Lew doakan pencuri di pasar rayanya dapat hidayah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pasar raya milik pendakwah terkenal, Ebit Lew dipecah masuk dua lelaki dalam satu kejadian dekat Sungai Buloh, pagi ini.

Ebit yang mesra disapa Ustaz Ebit Lew melalui hantaran Facebook mendedahkan, kejadian di Pasar Raya Elewsmart cawangan Sungai Buloh itu berlaku pada pukul 3.30 pagi.

Tanpa mendedahkan jumlah kerugian, Ustaz Ebit Lew memberitahu, beliau berasa sayu selepas mendapat berita pasar raya miliknya dipecah masuk.

EBIT LEW

“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya pada-Mu. Semoga Allah beri pelajaran padanya.

“Pohon doa semua ye biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha

“Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Hantaran itu turut memuatnaik suntingan gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki bertopi keledar sedang menggeledah premis berkenaan.

Elewsmart Sungai Buloh dibuka pada 25 Julai lalu khasnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan memberi barang keperluan.

Sehingg kini, sebanyak 10 Elewsmart beroperasi di sekitar Lembah Klang. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan